Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


(Langsung) Hari Penamaan Calon PRU-15

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 7:13AM

Anwar Ibrahim tiba di Pusat Penamaan Calon untuk Parlimen Tambun. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semua ahli politik yang dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan mendaftarkan pencalonan mereka hari ini mewakili parti masing-masing di pusat penamaan calon, ikuti laporan wartawan Getaran di lokasi bagi mengetahui perkembangan semasa.

Pegawai Pilihan Raya Parlimen Ampang, Mohd Fauzi mengumumkan urusan penyerahan borang penamaan calon selesai dan berjalan dengan baik.

Beliau memaklumkan telah menerima 9 calon untuk bertanding bagi PRU-15. 

Calon disahkan untuk bertanding:

Rodziah Ismail - PH

Ivone Low Yi Wen - BN

M Raveendran - Bebas

Zuraida Kamaruddin - PBM

Nurul Ashikin Mabahwi - Pejuang

Lai Wai Chong - WARISAN

Sasha Lyna Abdul Latif - PN

Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos - Bebas

Tan Hua Meng - Bebas

Calon-calon sudah keluar dewan.

Bandar Tun Razak 10.45 pagi 

Penyandang Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kamaruddin Jaffar berpendapat, semua pihak yang merasakan diri mereka layak bertanding di kawasan tersebut mempunyai hak untuk berbuat demikian. 

Kamaruddin yang bersama Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun berkata, beliau yakin dengan rekod perkhidmatannya di kawasan tersebut. 

Parlimen Bandar Tun Razak menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan beliau, calon Pakatan Harapan (PH), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon Barisan Nasional (BN), Chew Yin Keen. 

Kamaruddin Jaffar
Kamaruddin Jaffar

10.40 pagi

Di Parit Sulong, Parlimen berkenaan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya, Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-UMNO), Dr Abdul Karim Deraman (PN-PAS) dan Mohd Faizal Dolah (PN-Amanah).

Di Padang Terap, penyandangnya, Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-UMNO) akan mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan. Beliau ditentang Razali Lebai Salleh (PEJUANG), Muaz Abdullah (PH-AMANAH) dan Nurul Amin Hamid (PN-PAS).

Bera

Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambaikan tangan kepada pengamal media pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Laman Kerayong hari ini. 

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama
Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

10.30 pagi

Di MUAR, penyandang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA) berdepan Abdullah Husin (PN-PAS) dan Mohd Helmy Abd Latif (BN-Umno).

Di RASAH, Cha Kee Chin dari PH-DAP bersedia untuk mempertahankan kerusinya menentang Ng Kian Nam (BN-MCA) dan Datuk Choong Vee Hing (PN-Gerakan).

Di PASIR GUDANG, penyandang Hassan Abdul Karim (PH-PKR) akan menangkis cabaran daripada Noor Azleen Ambros (BN-Umno), Mohamad Farid Abdul Razak (PN-Bersatu) dan Mohmmad Raffi Beran (Pejuang-Iman).

Tambun 10.35 pagi

Di Tambun, pertandingan empat penjuru telah ditetapkan untuk Kerusi itu, seperti yang diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip pagi ini.

Calon-calonnya adalah, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN), Abdul Rahim Tahir (GTA) dan Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN).

Arau 10.30 pagi

Parlimen Arau bakal menyaksikan persaingan sengit apabila penyandang kerusi itu, Datuk Seri Shahidan Kassim bakal bertembung dengan adiknya, Datuk Ismail Kassim yang bakal bertanding sama, namun berbeza parti. Ismail adalah calon BN untuk kerusi DUN Tambung Tulang, yang berada di bawah Parlimen Arau.

Shahidan bertanding atas tiket PN, selepas namanya tidak disenaraikan oleh BN.

Ismail Kassim (tengah) berbaju biru muda.
Ismail Kassim (tengah) berbaju biru muda.

Ampang 10.00 pagi

Pengerusi Penamaan Calon Ampang, Mohd Fauzi Yatim mengistiharkan jam 10.00 tamat waktu penamaan calon di kerusi Parlimen Ampang.

Kedengaran sorakan dari semua penyokong parti menunjukkan sokongan mereka kepada calon2

Kedengaran laungan semangat daripada penyokong parti di hadapan Dewan Dato Ahmad Razali.

Permatang Pauh 10 pagi

Patung Transformers muncul bersama penyokong Pakatan Harapan - menghiburkan polis yang bertugas.

10 pagi

Tempoh penyerahan borang penamaan selesai pukul 10 pagi, pegawai pengurus pilihan raya akan mula umumkan nama-nama calon bertanding

Gambar-gambar proses penamaan calon di Parlimen Permatang Pauh

Calon PH, Nurul Izzah Anwar
Calon PH, Nurul Izzah Anwar
Calon GTA, Mohd Nasir Othman
Calon GTA, Mohd Nasir Othman
Calon BN, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said
Calon BN, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said
Penyokong Pakatan Harapan
Penyokong Pakatan Harapan

Kuala Selangor 9:43 pagi

Keempat-empat calon parlimen Kuala Selangor telah memulakan proses penamaan calon di stadium tertutup pagi ini.

Yang pertama masuk ialah Gerakan Tanah Air Mohd Shaid Ali pada jam 8.58 pagi diikuti oleh Barisan Nasional Tengku Datuk Zafrul Aziz seminit kemudian.

Calon Perikatan Nasional Mohd Noor Mohd Sahar dilihat masuk pada pukul 9 pagi dan seterusnya diikuti penyandang Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Dzulkefli Ahmad pada pukul 9.01 pagi.

Gambar-gambar sekitar proses penamaan calon di Parlimen Gombak

Azwan Ali
Azwan Ali
Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
Amirudin Shari
Amirudin Shari
Amirudin Shari (tengah) dan Mohamed Azmin Ali (kanan).
Amirudin Shari (tengah) dan Mohamed Azmin Ali (kanan).

Tambun 9:15 pagi

Sedikit kekecohan berlaku apabila penyokong PEJUANG, yang mengiringi calon Abdul Rahim Tahir, berkumpul dengan penyokong BN.

Pegawai polis segera menyelesaikan keadaan dan membenarkan penyokong Pejuang melepasi halangan keselamatan sebelum mengepung mereka di kawasan selamat.

Kedua-dua penyokong Pejuang dan BN saling marah, masing-masing melaungkan “Hidup PEJUANG”, “Hidup Tun” dan “Hidup BN”.

Abdul Rahim adalah calon terbaru yang tiba di pusat penamaan calon.

Gombak 9:15 pagi 


Mohamed Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA umum menarik diri daripada bertanding di parlimen Gombak.

Bercakap ringkas kepada media, selebriti popular itu berkata dia menerima panggilan daripada arwah ibunya menerusi mimpi untuk tidak bertanding dalam pilihan raya.

Azwan ialah adik kepada penyandang jawatan Gombak Mohamed Azmin Ali.

Azwan berkata beliau kini akan menyokong PH pada pilihan raya akan datang.

Gambar-gambar calon memasuji Pusat Mengundi yang telah dibuka 9 pagi

Mascot PH turut kelihatan memberikan sokongan kepada calon mereka.
Mascot PH turut kelihatan memberikan sokongan kepada calon mereka.
Datuk Johari Abdul
Datuk Johari Abdul
Khalid Abdul Samad
Khalid Abdul Samad
Calon PN Mohd Nor Mohd Sahar
Calon PN Mohd Nor Mohd Sahar
Ahmad Faizal Azumu (kanan).
Ahmad Faizal Azumu (kanan).
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

Ampang 9.05 pagi

Semua calon masuk ke dewan penamaan.

Rodziah Ismail kelihatan diiringi oleh Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau dikenali Altimet dan Hans Isaac Isac turut bersama-sama masuk ke dalam dewan penamaan calon. Keadaan cuaca menunjukkan hujan sudah berhenti.

Sekitar kawasan penaaman calon sudah dipenuhi anggaran seramai 700 ratus penyokong daripada pelbagai parti.

Rodziah diiringi Altimet dan Hans Isaac.
Rodziah diiringi Altimet dan Hans Isaac.

Ampang 9.11 pagi

Turut memasuki perkarangan dewan dua calon bebas bersama antaranya Ravendreen.

Klang 9.10 pagi

Pusat penamaan calon dibuka secara rasmi dan pendaftaran akan diteruskan sehingga jam 10 pagi. Calon Warisan Loo Cheng Wee adalah yang pertama masuk diikuti calon PH (DAP) Ganabatirau Veeraman dan calon PN Dr Jaya Chandran Perumal.

Batu 9 pagi

Setakat ini, lapan calon telah memasuki pusat penamaan calon.

P Prabakaran dari PH, Nathan Batu dari Warisan, Wan Azliana Wan Adnan dari Pejuang, Azhar Yahya dari Perikatan Nasional dan Datuk A Kohilan Pillay dari BN.

Pemain bebas Tian Chua, Siti Kasim, dan Fathiah Syazwana Shaharuddin juga telah memasuki pusat itu.

Bandar Tun Razak 9.02 pagi

Ketibaan penyandang Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar di Pusat Penamaan Calon P124 Bandar Tun Razak pada jam 8.45 pagi  disambut dengan ‘boo’ dan laungan ‘pengkhianat’ oleh penyokong Pakatan Harapan (PH).

Alor Gajah 9 pagi

Pusat Penamaan Calon di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka bagi Parlimen Alor Gajah diumumkan dibuka bermula jam 9 pagi sehingga jam 10 pagi.

Titiwangsa 8.59 pm

Calon PH Khalid Abdul Samad tiba di Pusat Penamaan Calon SMK Aminuddin Baki bersama penyokong dan pencadangnya.

Titiwangsa 8.55 pagi

Pusat Penamaan Calon SMK Aminuddin Baki bagi Parlimen Titiwangsa diumumkan dibuka bermula jam 9 pagi sehingga jam 10 pagi.

Tambun 8.49 pagi - Datuk Seri Ahmad Faizal tiba di pusat penamaan calon dan disambut dengan laungan 'Allahuakhbar' oleh penyokong PN.

Sementara Anwar dan calon PH untuk Manjoi, Manjoi (Muhamad Arafat Varisai Mahamad) serta Hulu Kinta (Datuk Asmuni Awi) dibenarkan memasukan kawasan menuju ke pusat penamaan calon.

Dalam kenyataan ringkas kepada media, Anwar berkata:

''Kami yakin akan mencapai (kemenangan) majoriti dan menang kerus-kerusi (dipertandingkan).

Pada masa sama, laungan 'pengkhianat' kedengaran di kalangan penyokong PH tatkala Faizal berjalan masuk ke pusat penamaan.

Namun Faizal secara bergurau membalasnya ''I love you too".

Alor Gajah 8.40 pagi

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang mewakili BN merupakan calon terakhir yang tiba di pusat penamaan calon UiTM Lendu, Melaka.

Beluran 8.46 pagi

Datuk Seri Ronald Kiandee dari BERSATU tiba di pusat penamaan calon, Beliau tidak terpilih sebagai calon GRS tetapi berkemungkinan memfailkan pencalonannya walaupun menentang kerjasama dengan Barisan Nasional. GRS dan BN memeterai pakatan pilihan raya.

Tambun 8.41 pagi

Hampir 300 penyokong BN berkumpul di luar pusat penamaan calon dan kini mengiringi calon parti itu, Datuk Aminuddin Md Hanafiah untuk menyerahkan borang permohonan.

Situasi sama turut kelihatan di sebelah kem PN, dengan 100 penyokong menunggu ketibaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Lembah Pantai 8.30 pagi

Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani tiba bersama-sama lebih kurang 200 orang penyokong di Pusat Penamaan Calon.
 

Alor Gajah 8.33 pagi

Mantan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang mewakili Pakatan Harapan (PH) tiba di pusat penamaan calon dengan sebahagian penyokong di pintu gerbang UiTM Lendu, Melaka.

Ampang 8.18 pagi  

Yang Dipertua (YDP) MPAJ, Mohd Fauzi Yatim juga bertindak sebagai Ketua Pengurus Penamaan Calon membuat tinjaun di persekitaran kawasan penamaan calon bersama anggota keselamatan.

Penyokong BN dan PH sudah kelihatan memenuhi kawasan persekitara kanan dan kiri Dewan Dato Ahmad Razali.

Alor Gajah 8.15

Penyokong BN serta PN sudah mula berkumpul sejak jam 8 pagi tadi di kawasan yang disediakan untuk penyokong masing-masing di pintu masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Lendu, di sini. 

Beberapa minit kemudian, kelihatan kelibat penyokong BERJASA hadir bagi memberikan sokongan kepada calon mereka. 

Empat kawasan disediakan kepada penyokong BN, PN, Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA)  berkumpul bagi menyaksikan calon sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Dewan Taming Sari, UiTM Lendu.

Klang 8.10 pagi

Penyokong PN tiba bersama calon, Dr Jaya Chandran Perumal berarak ke pusat penamaan calon sambil melaungkan 'Allahu Akbar' dan 'PN Maju'.

Pandan 8.11 pagi

Calon Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Khairuddin Abu Hassan tiba bersama kira-kira 30 penyokongnya dengan membawa bendera parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Beliau bersama penyokongnya berkumpul berhampiran pusat penamaan calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SML) Aminuddin Baki, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Tambun 7:55 pagi

Hampir 100 penyokong PH berkumpul menanti calon mereka Anwar Ibrahim di Jalan Hala Jati 7, menuju ke pusat penamaan calon.

Sungai Buloh 7:50 pagi

Tiada penyokong mana-mana parti kelihatan berhampiran pejabat kerajaan Daerah Petaling, pusat penamaan calon bagi kawasan Sungai Buloh. Hanya media yang sedang berpusu-pusu di pintu masuk.

Pasukan polis hadir untuk mengubah hala lalu lintas dari pusat penamaan calon, walaupun hujan mula renyai-renyai.

Bandar Tun Razak 7.45 pagi

Bakal Calon Pakatan Harapan (PH) di Bandar Tun Razak, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di kawasan tempat makan berdekatan Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB), di sini.

IDB menjadi lokasi Pusat Penamaan Calon Bahagian Pilihan Raya P124 Bandar Tun Razak.

Ketibaan Wan Azizah disambut lebih 100 penyokong PH yang berada di tempat tersebut seawal pukul 7 pagi.

Gombak 7:50 pagi

Calon Gombak Pakatan Harapan Datuk Seri Amirudin Shari tiba di tempat berkumpul gabungan itu menjelang penamaan calon pagi ini.

Amirudin yang memakai baju melayu biru muda, sampin dan songkok disambut kira-kira 100 penyokong.

Gombak 7:48 pagi

Sebahagian daripada penyokong Amirudin Shari berhimpun menjelang penamaan calon pagi ini.

Klang 7.30 pagi

Calon MCA Klang Tee Hooi Ling bercakap kepada media dan penyokongnya sebelum berpindah ke pusat penamaan calon.

“Kami telah tewas selama tiga penggal tetapi kami tidak berputus asa. Saya anak jati Pandamaran. Saya masih di sini sejak 15 tahun lalu untuk membantu masyarakat. Saya tidak akan berputus asa dengan Klang dan saya berharap Klang tidak akan berputus asa terhadap saya.”

Pulai 7.39 pagi

Kehadiran polis kelihatan di pusat penamaan calon ketika hujan berterusan yang bermula sebelum tengah malam di beberapa bahagian Johor Bahru.

Gombak 7:34 pagi

Penyokong Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah berhimpun menjelang pencalonan.

Satu konvoi motosikal, dapat dilihat tiba di tempat berkumpul, kebanyakannya memakai baju-T Pakatan Harapan.

Klang 7.15 pagi

Penyokong WARISAN berkumpul di restoran berhampiran. Kira-kira 100 ahli WARISAN dijangka berkumpul untuk menyokong calon mereka Dr Loo Cheng Wee.

Bandar Tun Razak 7.30 pagi

Hujan renyai turun di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB), di sini yang menjadi lokasi Pusat Penamaan Calon Bahagian Pilihan Raya P124 Bandar Tun Razak.

Terdahulu, Pengurus Pilihan Raya P124, Mohamad Hamim dilihat membuat pemantauan di kawasan sekitar.

Pandan 7.20 pagi

Polis dilihat berkumpul di hadapan pusat penamaan di Dewan Pandan Indah pagi ini, tanpa sebarang tanda penyokong awal daripada mana-mana calon dan hanya segelintir wakil media. Hujan mula turun dengan lebat.

Batu  7.15 pagi

Calon Gerak Independent Siti Kasim tiba di pusat penamaan calon.

Klang 7 pagi

Polis dilihat di seluruh pusat penamaan calon di Dewan Hamzah, Klang. Trak dan kenderaan polis bersurai di tengah-tengah.

Pintu masuk ke venue ditutup dan polis trafik sedang mengarahkan kenderaan ke kawasan parkir.

Ampang - 6.47 pagi

Keadaan disekitar kawasan perkarangan Dewa Dato Ahmad Razali Ampang.

Anggota polis sedang membuat persiapan sebelum penamaa calon bermula. Keadaan cuaca menunjukkan hujan renyai-renyai.

Ampang 7:16 pagi

Sekitar perkarangan sudah mula dipenuhi oleh anggota polis termasuk anggota bomba dan penyelamat bagi kawasan penamaan.

Turut kelihatan penguat kuasa MPAJ sudah mula meletakkan penghadang jalan sebagai kawasan sempadan bagi penyokong.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Politik 7 bulan yang lalu

Hari Penamaan Calon PRK DUN Pelangai 23 September

3

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Warna Warni Hari Penamaan Calon PRN 2023

4

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

Sorotan

1

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

2

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

3

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

4

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

5

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Dijangka Terus Kuasai KKB - Ilham Centre

oleh Ravin Palanisamy

Politik 3 jam yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 9 jam yang lalu

Jemaah Terkandas Di Makkah: TH Diarah Buat Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘MIC Tak Pernah Boikot PRK KKB, Dakwaan Ada Konflik Tak Benar’ - Thinalan

oleh Sophia Ahmad