web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Sebab Kenapa Surat Tular Itu Palsu - Shahril Sufian

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 8:10PM

Shahril Sufian Hamdan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan hari ini menggariskan empat sebab mengapa surat aku janji tular didakwa mengandungi ikrar calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk menyokong Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai bakal Perdana Menteri adalah palsu.

Beliau berkata, sebab pertama adalah ia menggunakan kepala surat UMNO dan bukan Barisan Nasional (BN) pada dokumen tersebut.

“Ini kan PRU (babitkan calon BN) kenapa bukan kepala surat BN?” soalnya menerusi satu klip video berdurasi 1 minit 13 saat dimuat naik di Facebook hari ini.

Shahril Sufian berkata, sebab kedua adalah cara penulisan dokumen itu menggunakan format tidak konsisten, termasuk penjarakan, huruf besar dan huruf kecil berbeza dengan surat sahih.

“Contoh, dalam surat confirm (sah) sahih yang kita tahu pernah diterbitkan, tiada tulis BN huruf besar begitu dan penjarakan tidaklah sempit seperti surat ditularkan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Shahril Sufian memberitahu, sebab ketiga adalah surat tersebut dilihat tidak logik, terutama dengan dakwaan ia akan menggugurkan kes pemimpin UMNO.

Manakala, sebab keempat, jelasnya, beliau sendiri tidak ada menandatangani dokumen seumpama itu walaupun antara bakal calon PRU-15.

“Saya ada tandatangan dokumen berkenaan dengan (keperluan) jangan lompat parti, kesetiaan kepada parti dan pastikan kita menjadi calon bertanggungjawab. Tiada pula saya tanda tangan surat macam ini.

“Ini semua kerja orang terdesak, dia bukan hendak kempen berjumpa rakyat, tetapi dia berfikir macam mana hendak menghasut rakyat buat cerita palsu bagi orang tak sokong BN. Jangan percaya,” katanya.

Terdahulu, tular dokumen aku janji tertera nama Pengarah Komunikasi BN yang juga bakal calon PRU-15 di kerusi Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau kemudian tampil menafikan ada menandatangani dokumen itu dan mengesahkan ia sebagai palsu.

Malah, bakal calon kerusi Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin turut memaklumkan dokumen itu tidak betul.

Tegasnya, aku janji ditandatangani semua calon yang menggunakan kepala surat BN adalah berkait lompat parti dan kesetiaan kepada parti.

“Aku janji tular itu memang tidak betul. Saya calon BN, aku janji tular yang kononnya ditandatangani Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah atas kepala surat UMNO.

“Kita bertanding atas BN, kita tandatangani aku janji yang ada kaitan dengan lompat parti, kesetiaan kepada parti atas kepala surat BN,” kata Menteri Kesihatan itu. - Getaran, 3 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad