web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Menang Sungai Buloh, Bertanding Presiden Pula YB' - Netizen

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 7:15AM

Khairy Jamaluddin mengangkat tangan sebaik namanya diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk Parlimen Sungau Buloh, baru-baru ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun dianggap cuba ‘dibunuh’, pencalonan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh mendapat reaksi positif daripada netizen di media sosial yang mahu penduduk di kawasan terbabit memilih beliau sebagai wakil rakyat.

Tinjauan Getaran di Facebook mendapati, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ meraih sokongan padu netizen tanpa mengira latar belakang yang mahu melihat kehadirannya di Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malah, ada segelintir netizen turut mencadangkan supaya Khairy turut bertanding sebagai Presiden UMNO pada pemilihan akan datang, jika berjaya merampas parlimen berkenaan yang ketika ini berada dalam penguasaan PKR.

Seorang netizen dikenali sebagai Terence Wong mendoakan kejayaan Khairy dalam PRU-15 depan, selain turut berterima kasih atas usahanya memastikan rakyat Malaysia divaksin sehingga membantu negara keluar dari belenggu pandemik COVID-19.

“All the best YB (Semoga berjaya Yang Berhormat), TQ for all the effort (Terima kasih atas usaha) dalam memastikan everyone is vaccinated (semua divaksin), and you steer us out of the pandemic (dan kamu membawa kami keluar dari pandemik). 

“Semoga dipermudahkan urusan! Wishing you the very best (mendoakan yang terbaik buat kamu),” katanya di ruangan komen.

Khairy (kiri) ketika melawat salah satu pusat vaksin, pada tahun lepas. - Gambar fail
Khairy (kiri) ketika melawat salah satu pusat vaksin, pada tahun lepas. - Gambar fail

Turut mendoakan kejayaannya ialah pengguna Facebook dikenali sebagai Kok-Kong Ng yang menyifatkan, rakyat memerlukan tokoh sederhana sepertinya sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.

Kong Ng juga berpendapat, kejayaan Khairy akan membuka mata ahli UMNO untuk mengangkat beliau sebagai Presiden.

“Good luck KJ! We need a moderate and capable person like you whether you will be part of the governing arm or as opposition. (Semoga berjaya KJ! kami perlukan tokoh berkeupayaan dan sederhana seperti kamu sama ada dalam kerajaan atau sebagai pembangkang.

“And if u manage to win this, hope UMNO members can wake up and make u the president instead. (jika kamu berjaya menang, diharap ahli UMNO dapat membuka mata dan menjadikan kamu sebagai Presiden),” tulisnya.

Turut meninggalkan komen sama adalah MK Niezam Tharde.

“Menangkan SB (Sungsi Buloh) YB. Lepas ini dapatkan pula kerusi Presiden. InsyaAllah. YB boleh,” katanya.

Jehan Mo pula berkata, pencalonan penyandang Parlimen Rembau itu di Sungai Buloh adalah satu berita baik buat penduduk setempat, kerana Khairy disifatkan sebagai pemimpin yang mempunyai visi dan kepimpinan yang baik.

“Best of luck (semoga berjaya) KJ, InsyaAllah kami doakan anda berjaya dan semoga jentera BN dan rakyat Malaysia di Sungai Buloh akan pilih KJ. Dia seorang yg berkerja keras kurang main politik bodoh dan fokus pada keputusan. 

“Saya rasa ini satu berita baik utk orang di Sungai Buloh bila dapat Ahli Parlimen yang ada vision (visi) dan good leadership (kepimpinan baik),” katanya.

Kelmarin, BN mengumumkan Khairy sebagai calon gabungan tersebut di Parlimen Sungai Buloh.

Beliau dijangka berhadapan dengan bekas Bendahari MIC, Datuk R Ramanan yang menggantikan penyandang Parlimen tersebut iaitu R Sivarasa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) depan.

Pada 2018, PKR meletakkan R Sivarasa sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di Sungai Buloh dan memperoleh kemenangan selesa apabila meraih 43,631 undi.

Sivarasa yang juga seorang peguam menang dengan majoriti 26,634 undi.

Mengikut data pada 2018, Sungai Buloh merupakan kerusi campuran dengan 66 peratus daripada 90,707 pemilih adalah Melayu, 22 peratus Cina, 11 peratus pengundi India dan dua peratus etnik lain. - Getaran, 3 November 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 12 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad