web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Bersangka Baik Muhyiddin Bertaubat, Kesal Perbuatannya’ - Tun M

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 9:59PM

Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menyangka Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan cuba menebus pengkhianatannya kepada parti itu sehingga kehilangan beberapa negeri dan juga rakyat keseluruhan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesediaan Gerakan Tanah Air (GTA) bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebelum ini adalah berasaskan kepercayaan bahawa Pengerusinya,Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah bertaubat dengan perbuatan beliau selepas dijatuhkan dan dihina UMNO.

Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menyangka Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan cuba menebus pengkhianatannya kepada parti itu sehingga kehilangan beberapa negeri dan juga rakyat keseluruhan.

"Rupanya dia tetap angkuh dan hanya mahu menjadi Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhyiddin semalam mendedahkan bahawa Dr Mahathir sebenarnya adalah individu yang bertanggungjawab memulakan gerakan untuk parti itu keluar dari Pakatan Harapan (PH).

Beliau mendakwa, Dr Mahathir bagaimanapun membuat 'pusingan u' di saat akhir apabila Majlis Presiden PH dalam mesyuaratnya pada 21 Februari 2020, membuat keputusan untuk terus menyokong Ahli Parlimen Langkawi tersebut sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Dr Mahathir memberitahu, amat mudah sebenarnya untuk memastikan siapa yang menjadi pengkhianat.

“Ada satu ungkapan Bahasa Latin 'cui bono', yang bermakna siapa yang mendapat keuntungan dari sesuatu keadaan.

"Siapa yang jadi Perdana Menteri pintu belakang atau tebuk atap? Bukan saya tapi Muhyiddin,” katanya.

Penyandang Parlimen Langkawi itu turut mendakwa, Muhyiddin memecat beliau sebagai Pengerusi BERSATU dan juga beberapa pemimpin lain parti berkenaan yang tidak setuju dengan Langkah Sheraton.

"Siapa yang selepas itu takut hilang jawatan Perdana Menteri hingga sekat Parlimen bersidang? 

“Bukankah Muhyiddin juga Perdana Menteri yang minta isytihar darurat supaya Parlimen tidak dapat bersidang?" soalnya. - Getaran, 31 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran