web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DAP Umum Tanding 8 Kerusi Parlimen, 19 DUN Perak

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 12:09AM

DAP malam ini mengumumkan senarai calon parti itu yang bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) - Tangkapan layar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP malam ini mengumumkan senarai calon parti itu yang bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada pilihan raya umum (PRU) kali ini, parti itu akan mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 19 DUN.

Daripada lapan kerusi Parlimen itu, DAP mengekalkan empat penyandang kerusi di Ipoh Barat (M Kulasegaran), Batu Gajah (V. Sivakumar), Beruas (Ngeh Koo Ham) dan Teluk Intan (Nga Kor Ming).

Nga Kor Ming - Gambar Fail Bernama
Nga Kor Ming - Gambar Fail Bernama

Sementara itu, empat kerusi Parlimen lain antaranya menyaksikan, mantan Ketua Pemuda Sosialis DAP, (DAPSY) yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How diletakkan di Ipoh Timor.

Penyandang ADUN Keranji, Chong Zhemin pula akan bertanding di Kampar manakala penyandang Ahli Parlimen Ipoh Timor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh dinamakan sebagai calon di Taiping.

Apa yang menarik kali ini, DAP turut meletakkan calonnya iaitu Ahmad Tarmizi Mohd Jam di Gerik setelah sekian lama parti itu tidak bertanding di kawasan tersebut.

Ahmad Tarmizi Mohd Jam - Gambar Facebook Tarmizi Mohd Jam
Ahmad Tarmizi Mohd Jam - Gambar Facebook Tarmizi Mohd Jam

Bagi kerusi DUN pula, DAP menampilkan gabungan calon yang pelbagai merangkumi golongan muda serta wanita, dengan lapan daripada mereka berumur di bawah 40 tahun manakala lima daripada 19 calon terdiri daripada wanita.

Parti itu akan bertanding di kesemua 18 kerusi DUN yang dimenanginya dan satu kerusi tambahan yang diperoleh atas dasar konsensus bersama parti gabungan dalam PH iaitu Changkat Jong.

Senarai 19 calon bertanding di kerusi DUN adalah Ong Seng Guan di Pokok Assam; Teh Kok Lim (Aulong ), Loh Sze Yee (Jalong), Jenny Choy Tsi Jen (Canning), Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi), Goh See Hua (Pasir Pinji), Ong Boon Piow (Bercham), Thulsi Thivani Manogaran (Buntong) dan Cheah Pou Hian (Jelapang).

Selain itu, DAP turut meletakkan Chaw Kam Foon di DUN Mengelembu; Tiw Tee Siang (Tronoh), Wong May Ing (Pantai Remis), Jason Ng Thein Yeong (Astaka), V. Bavani (Malim Nawar), Koo Haai Yen (Keranji), Woo Kah Leong (Pasir Pedamar), Sivanesan Achalingam (Sungkai), Nga Kor Ming (Kepayang) dan Badrul Hisham Badarudin (Changkat Jong).

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Perak adalah negeri barisan hadapan (front line state) bagi PH dalam usaha menawan kembali Putrajaya.

Anthony Loke - Gambar Fail
Anthony Loke - Gambar Fail

"Inilah faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk bertanding di Parlimen Tambun, ia sebagai lambang strategi yang telah dipersetujui kepimpinan tertinggi PH.

"Kita akan menuju kejayaan, justeru hari ini adalah sangat penting kerana mulai tiga minggu dari sekarang adalah hari pengundian.

“Kita akan menuju kejayaan baharu demi Malaysia dengan PH kembali ke Putrajaya dan Anwar sebagai Perdana Menteri," katanya.

Untuk rekod, DAP mempunyai pengaruh kuat di Perak dan negeri tersebut dilihat sebagai kubu kuat parti berkenaan terutama di kawasan bandar termasuk Ipoh, Lembah Kinta, Taiping, Teluk Intan dan Kampar.

Dalam tiga PRU yang lalu, pakatan pembangkang yang turut dianggotai DAP dilihat memiliki kekuatan hampir sama dengan Barisan Nasional (BN).

Susulan itu, wajar dirumuskan bahawa Perak adalah sebuah negeri 'swing' di mana ia boleh bertukar tangan dari segi politik. - Getaran, 28 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

3

Politik 4 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

4

Semasa 6 hari yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 10 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad