web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Larry Berkali-kali Akui Keabsahan Zuraida Presiden PBM’ - Nor Hizwan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 8:05PM

Pelantikan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) didakwa telah mendapat persetujuan daripada pengasas parti itu, Datuk Larry Sng Wei Shien - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Pelantikan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) didakwa telah mendapat persetujuan daripada pengasas parti itu, Datuk Larry Sng Wei Shien.

Malah Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad mendedahkan, Larry juga telah berkali-kali mengakui keabsahan Zuraida sebagai presiden melalui aplikasi Whatsapp apabila berurusan dengan beliau atau mana-mana Ahli Majlis Tertinggi PBM.

Sehubungan itu, Nor Hizwan menafikan dakwaan penyandang Ahli Parlimen Julau itu semalam bahawa dirinya masih memegang jawatan sah sebagai Presiden PBM. 

“Sehingga kini, pihak pentadbiran PBM tidak mengetahui apakah tujuan Larry mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab di dalam hantaran Facebook beliau.

“Kami dengan ini berharap agar beliau dapat menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PBM yang akan diadakan pada 3 November ini bagi menyelesaikan sebarang kekeliruan mengenai apa jua isu melibatkan pentadbiran parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Bukit Antarabangsa di sini, hari ini. 

Pada sidang media itu, Nor Hizwan turut mendedahkan beberapa siri perbualan bersama Larry menerusi aplikasi Whatsapp yang dapat dilihat sebagai satu bentuk persetujuan bertulis berhubung perlantikan Zuraida sebagai presiden. 

Krisis kepimpinan PBM tercetus menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) apabila Larry menerusi laman Facebooknya semalam menegaskan bahawa beliau masih memegang jawatan sah sebagai presiden parti itu.

Pada masa sama, beliau turut menggantung tugas Nor Hizwan dan Ketua Penerangan PBM, Zakaria Hamid berkuatkuasa serta-merta.

Tambahnya, buat sementara waktu, tugas dan tanggungjawab setiausaha agung akan diserahkan sementara kepada Timbalannya, Jenny Chiew. 

Pada awal Oktober lalu, Zuraida dilaporkan telah dilantik sebagai Presiden baharu PBM menggantikan Larry.

Nor Hizwan menerusi kenyataan berkata, pelantikan itu antara tujuh usul diluluskan sebulat suara pada Persidangan Agung Tahunan (PAT) 2022 parti berkenaan di Shah Alam, 1 Oktober lalu. 

Mengulas lanjut, Nor Hizwan memberitahu, beliau dan Zakaria masing-masing masih sah sebagai Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan PBM.

Katanya, laporan dan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi PBM yang diadakan pada 7 Oktober lalu juga telah diserahkan dan diterima Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). - Getaran, 28 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad