Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


BERSATU Bukan Dalang Langkah Sheraton - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 5:46PM

Muhyiddin Yassin berkata, tekanan diterima daripada Menteri PH amat luar biasa, dan kebanyakan permintaan mereka mampu membawa kemudaratan kepada rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu dan umat Islam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal dakwaan partinya adalah dalang Langkah Sheraton sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Beliau berkata, tekanan diterima daripada Menteri PH amat luar biasa, dan kebanyakan permintaan mereka mampu membawa kemudaratan kepada rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu dan umat Islam.

Beliau yang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menjelaskan, perkara itu membuktikan berada dalam kabinet gabungan pembangkang adalah sangat berlainan berbanding ketika menyertai Jemaah Menteri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Sebab itu saya beritahu Tun Dr Mahathir Mohamad kita tidak boleh berada lama bersama PH. Lagi lama BERSATU dalam gabungan itu, lagi merosot sokongan orang Melayu kepada kita.

“Saya tegaskan tidak akan sesekali mengkhianati bangsa, agama dan negara sekalipun ditekan pelbagai cara oleh musuh politik termasuk dengan gelaran pengkhianat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, beliau tidak kisah digelar ‘pengkhianat’ selepas bertindak membawa keluar BERSATU daripada PH.

“Saya rela digelar sebagai pengkhianat oleh PH daripada menjadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Langkah Sheraton yang dipelopori mantan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjaya membawa keluar 10 pemimpin parti itu, sehingga berjaya mengucar-ngacir PH, membuatkan blok tersebut dipandang jelik oleh rakyat.

Antara pemimpin terlibat adalah Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak) dan Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal).

Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok) ,Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Sebelum ini Getaran melaporkan, pemimpin utama yang melakukan pengkhianatan menerusi Langkah Sheraton dijangka tidak mempunyai harapan dan sukar untuk menang sekiranya mencalonkan diri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, ini berikutan kesemua wakil rakyat terbabit tidak mempunyai kekuatan akar umbi yang kukuh seperti dimiliki BN dan PH

Menurut beliau, tidak sewajarnya adegan ‘tikam belakang’ dilakukan oleh ahli politik, khususnya 11 pemimpin yang meninggalkan PKR dan PH kerana tindakan itu hanya membakar jambatan serta perjuangan politik masing-masing.

Mengulas perkara berbeza, Muhyiddin menyeru agar ibu bapa dapat memainkan peranan menyedarkan anak mereka yang sudah layak untuk keluar mengundi dan memilih PN pada PRU-15 dalam keadaan apa sekalipun.

Penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu berkata, matlamat PN ialah mewujudkan sebuah kerajaan dan kepimpinan politik yang berintegriti, amanah serta tidak mengamalkan rasuah.

“Saya percaya apabila hal ehwal negara diurus dan ditadbir dengan betul, beramanah dan bertanggungjawab, rakyat sudah tentu akan dapat menikmati hidup dengan lebih selesa dan selamat, bukan hanya untuk generasi kita, malah untuk anak cucu kita sekali.

“Bagi mencapai cita-cita ini setiap daripada kita perlu menggunakan hak mengundi pada 19 November depan untuk memilih sebuah parti iaitu PN yang faham dan berupaya membela  nasib hidup rakyat,” katanya. - Getaran, 27 Oktober 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran