Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: Tajuddin Calon Pilihan Pertahan Pasir Salak, Tetapi Adakah UMNO Setuju?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 1:30PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR SALAK - Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mungkin tidak disenangi pemimpin tertinggi UMNO tetapi popularitinya di kalangan pengundi Pasir Salak masih boleh menjadi faktor untuk beliau dicalonkan.

Dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini bakal menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru hampir di setiap kerusi, masih belum jelas sama ada UMNO akan menurunkan calon selamat yang mungkin memperoleh kemenangan atau meletakkan muka baharu.

Jika sentimen di beberapa kerusi Parlimen di Perak ini menjadi petunjuk, maka Tajuddin nampaknya akan mendapat sokongan ramai pengundi dan juga beberapa rakan UMNO.

Bercakap kepada The Vibes, pemimpin kanan parti dan penyandang Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya pemimpin UMNO perlu mengetepikan perasaan peribadi dalam pemilihan calon.

Sebaliknya beliau berkata, pertimbangan utama harus menjadi faktor “kebolehmenangan”.

Nazri Abdul Aziz
Nazri Abdul Aziz

Tambahnya, pemimpin juga harus fokus dalam usaha mereka untuk menyerang pembangkang dan bukannya melatih senjata mereka sendiri.

“Sama ada orang tertentu boleh memenangi kerusi dengan selamat, itu lebih penting.

“Kita dalam UMNO tidak perlu risau jika Tajuddin lantang (menentang parti). Anda mendapat pembangkang yang lebih membenci kita. Jadi mengapa ia penting kepada kita pula? Kita hanya mahu menang,” katanya ketika ditemui di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Nazri berkata, beliau berharap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob dapat mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Tajuddin bagi mempertahankan Parlimen Pasir Salak.

Pemfailan penamaan calon untuk PRU-15 adalah pada 5 November depan.

Khabar angin bahawa Tajuddin tidak akan bertanding timbul selepas beliau digantung daripada UMNO bulan lalu, kononnya kerana mengkritik Zahid secara melampaui batas.

Tajuddin yang lantang bersuara, berselisih dengan UMNO selepas beliau disingkirkan daripada Majlis Tertinggi parti itu pada Jun lalu.

Pemecatan itu berlaku kurang setahun selepas beliau dilucutkan jawatan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO berikutan khabar angin berlaku pertelagahan dengan Presiden.

Susulan itu, beliau mengeluarkan beberapa kenyataan mengecam Zahid, termasuk pendedahan bahawa penyandang Parlimen Bagan Datuk berkenaan telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Tajuddin juga mendakwa terdapat gerakan dalaman untuk menjatuhkan Zahid sebagai Presiden parti.

Katanya lagi, walaupun dipecat, beliau akan mempertahankan Pasir Salak sebagai calon bebas.

Sumbangan Tajuddin “tidak dapat dinafikan”

Ketika Tajuddin mencetuskan kontroversi dan dikritik hebat masyarakat kerana kenyataan seksis dan menyinggung perasaan di Dewan Rakyat, pengundi Pasir Salak lebih suka menumpukan perhatian terhadap sumbangannya kepada masyarakat dan penyelesaian beliau terhadap pelbagai isu.

Tajuddin pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 dan 2018.

Pasir Salak merupakan kubu kuat UMNO sebelum 2008.

Seorang peniaga ikan yang dikenali sebagai Pak Long Zam memberitahu The Vibes walaupun usia boleh memainkan faktor dalam pencalonan Tajuddin, dia berhasrat untuk mengundi Ahli Parlimen berusia 74 tahun itu, sekiranya UMNO memutuskan beliau bertanding di situ.

“Dari segi umur, beliau sebaya bapa saya. Tetapi apabila anda bercakap tentang khidmatnya kepada masyarakat, saya tidak boleh menafikannya. Tidak pernah beliau menolak sesiapa yang menjemputnya ke program atau ingin berjumpa dengannya.

“Jika beliau masih mempunyai kemampuan untuk memperjuangkan pemuda dan hak orang Melayu Islam, sila teruskan. Kami akan sentiasa menyokong anda,” katanya sambil menambah walaupun Tajuddin digugurkan, beliau perlu diberi peranan sebagai penasihat untuk membantu calon lebih muda.

Seorang peniaga kedai runcit yang tidak mahu namanya didedahkan turut bersetuju bahawa Tajuddin seorang yang mudah didekati, sentiasa membantu dan mesra rakyat.

“Saya bukan pengundinya, tetapi bagi kebanyakan orang di sini, beliau ok. Beliau banyak membantu … beliau sering menghadiri program di sini dan mengunjungi kedai kami. Beliau mesra dengan orang ramai.

“Beliau berbeza semasa di Parlimen dan di luar (Parlimen). Di sini, beliau lebih mesra dan tidak menganggap dirinya sebagai Datuk. Jika beliau makan di luar, beliau akan membayar makanan orang lain tanpa memberitahu mereka,” katanya.

Seorang lagi pengundi Pasir Salak yang mahu dikenali sebagai Zaidi berkata, Tajuddin bukan sahaja disenangi dalam kalangan pengundi Melayu tetapi juga Cina dan India yang mendapati beliau mudah untuk berkomunikasi.

“Tajuddin pandai memenangi hati orang ramai. Beliau juga memberikan banyak bantuan. Selain itu, di sini  ramai pengundi tua yang setia. Jadi mereka akan terus menyokong beliau.

“Jika ada calon baharu di sini, saya tidak fikir pengundi akan menerimanya dengan mudah, walaupun dia diperakui oleh Tajuddin atau seseorang yang dikenali. Tetapi jika Tajuddin sendiri bertanding, maka itu ok,” katanya. - The Vibes, 26 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 11 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 11 bulan yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 11 bulan yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembekalan Air, Pemilik Syarikat

Semasa 1 hari yang lalu

Pihak Fitnah, Serang Agong, Institusi Diraja Akan Didakwa, Dipenjara - PM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 9 jam yang lalu

PM Harap Terminal Baharu LTSIP Jana Lebih Banyak Peluang Ekonomi Di Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

oleh Wartawan Getaran