web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Janji 3 Jawatan TPM Timbul Persoalan, Apakah Zahid Calon PM? - Marzuki

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 8:44PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Janji Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan dilantik menimbulkan pelbagai persoalan.

Soal bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad, bagaimana Zahid boleh menabur janji sedemikian rupa seolah-olah beliau adalah calon Perdana Menteri (PM), sedangkan telah dikhabarkan sebelum ini bahawa jawatan tersebut bakal disandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili Barisan Nasional (BN).

“Dalam sistem politik negara kita, TPM dilantik oleh PM. Pengerusi mana-mana parti politik tidak ada kuasa untuk melantik TPM. Tetapi yang membuat janji ini ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN. 

“Adakah ini bermaksud, sebagai Pengerusi BN yang satu-satunya ada kuasa untuk memberi watikah kepada calon-calon BN, beliau hanya akan memberi watikah kepada penyokong-penyokong setianya sahaja? Adakah ini bermaksud, apabila mereka ini menang dalam pilihan raya, mereka akan memberi sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai PM, bukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dr Marzuki Mohamad - Gambar dari media sosial
Dr Marzuki Mohamad - Gambar dari media sosial

Marzuki mendakwa, pelantikan Zahid sebagai Perdana Menteri jika BN memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan mencipta sejarah kerana buat pertama kali negara ditadbir seorang pemimpin yang sedang berdepan pertuduhan rasuah.

“Adakah ini juga bermaksud, agenda pertama Perdana Menteri selepas mengangkat sumpah jawatan pada 20 November 2022 bukan untuk membela nasib rakyat, tetapi untuk melepaskan dirinya daripada pendakwaan di mahkamah?

“Ya lah…antara tugas rasmi PM yang baru dilantik ialah untuk melakukan kunjung hormat ke atas rakan sejawat di luar negara.Tak syoklah kalau tiba-tiba PM kena bergegas balik untuk hadir perbicaraan di mahkamah. Saya tanya jer…” katanya, sinis.

Zahid ketika berkempen di Sabah dua hari lalu menjanjikan tiga slot untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Kesemua jawatan tersebut bakal menggantikan empat portfolio Menteri Kanan yang ada ketika ini. 

Klip rakaman ucapan tersebut dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Twitter, semalam. 

“Di Kimanis, Sabah, Presiden UMNO, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Himpunan Gelombang Biru umum dalam manifesto BN akan ada tiga Timbalan Perdana Menteri (satu di Sabah, satu Sarawak, satu Semenanjung. 

“Ganti empat Menteri Kanan. Tawaran ini sangat baik, jika BN menang pada PRU-15,” katanya. - Getaran, 24 Oktober 2022

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini