web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Pemecah Belah Ummah Hanya Tohmahan, Enggan Kerjasama Untuk Elak Mudarat – Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 8:10PM

Ahmad Zahid berkata UMNO sendiri adalah parti yang amat mementingkan penyatuan ummah, justeru naratif dibawa pembangkang itu jelas tidak benar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tohmahan bahawa UMNO parti pemecah belah ummah hanya kerana kengganan mereka menjalinkan kerjasama dengan BERSATU disifatkan sebagai amat tidak berasas.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO sendiri adalah parti yang amat mementingkan penyatuan ummah, justeru naratif dibawa pembangkang itu jelas tidak benar.

Menurut beliau, agenda penyatuan ummah turut terkandung dalam perlembagaan parti demi agama, bangsa dan negara.

“Misi itu seterusnya diharmonikan dalam sebuah gagasan besar milik rakyat (iaitu) Barisan Nasional (BN). UMNO, MCA, MIC, PBRS dan Friends of BN bermuafakat dengan prinsip bangsa Malaysia (untuk) saling menghormati.

“Inilah jua asas yang kukuh (dalam) memupuk kestabilan dan kemakmuran Malaysia selama ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Zahid yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya menolak kerjasama dengan BERSATU demi mengelakkan kemudaratan lebih besar, apatah lagi parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu ditubuhkan dengan matlamat untuk menamatkan Riwayat UMNO dan BN.

“Apakah rasional UMNO diasak dan didesak supaya bersama musuh dalam selimut? Keputusan ini tidak bersifat individu, sebaliknya dicapai bersama oleh pimpinan dan akar umbi parti.

“Dalam mendalami perihal pemecah belah ummah, (ia) harus bersandarkan fakta dan sejarah yang nyata. Usaha memecah belah bermula dengan kewujudan parti-parti politik serpihan angkara krisis tamak kuasa,” katanya.

Tegas beliau, krisis berkenaan dimulakan PKR, yang disusuli dengan kewujudan BERSATU, AMANAH dan PEJUANG.

Kesemua pemimpin dari setiap parti berkenaan jelasnya, pernah bersekongkol dengan DAP yang sebelum ini mereka sendiri takrifkan sebagai tidak selari dengan kepentingan Melayu.

“(Mereka) Rela diperguna untuk memecah belah ummah demi memenuhi kehendak dan cita-cita peribadi.

“UMNO pula tetap UMNO bersama BN membentuk sebuah gabungan rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama. Tidak pernah memecah belahkan kesatuan ummah, tidak pernah pernah jua merobek penyatuan bangsa Malaysia,” katanya.

Rakyat jelas Zahid, harus berani menilai erti kestabilan dan kemakmuran dalam menetapkan pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Usah terkilaf membuat penentuan kerana penyatuan ummah dan rakyat Malaysia kini terletak di tangan anda,” katanya.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan baru-baru ini mendakwa, UMNO dan PKR sedang mengadakan rundingan sulit untuk bekerjasama bagi menghadapi PRU-15.

Katanya, ia bertujuan meminimumkan pertembungan dalam pilihan raya umum antara parti, bagi membentuk kerajaan secara bersama. – Getaran, 19 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 14 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran