web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakah Pemimpin PH Tidak Akan Keluar Berkempen? - Asyraf Wajdi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 11:46AM

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki secara sinis mempersoalkan sama ada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan tidak akan keluar berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau merujuk kenyataan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa keputusan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di ketiga-tiga negeri itu diambil untuk memastikan persiapan dibuat bagi menangani banjir di semua negeri terbabit

“Adakah ini juga bermaksud bahawa semua pemimpin PH yang berasal dari tiga negeri terbabit tidak akan keluar berkempen pada PRU-15 sebab mereka akan sibuk bagi memastikan persiapan dibuat bagi menangani banjir?” soalnya hari ini.

Majlis Presiden PH semalam mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Perkara itu turut didebatkan oleh majlis berkenaan pada mesyuarat semalam yang akhirnya memutuskan, Pulau Pinang wajar berpegang kepada keputusan gabungan tersebut untuk tidak membubarkan PRU-15.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau tahu keputusan berkenaan akan mengecewakan sesetengah pihak, namun ia perlu dilakukan atau PH akan dilihat saling bercanggah dalam membuat keputusan.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi menambah, sekiranya pemimpin PH di ketiga-tiga negeri berkenaan tersebut sibuk berkempen dalam tempoh PRU-15 berbanding memastikan persiapan banjir, maka ia bermakna mereka berbohong kepada rakyat.

“Ini agar mereka boleh merasa menjadi kerajaan bagi beberapa bulan lagi sebelum DUN negeri dibubar secara automatik apabila tempohnya tamat,” katanya. - Getaran, 16 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Fitnah MARA: Mas Ermieyati Setuju Bayar Ganti Rugi RM50,000

3

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad