web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Ketereh Sokong Calonkan Ismail Sabri PM Ke-10

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 7:06AM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - UMNO Bahagian Ketereh sebulat suara menyokong keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menamakan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sokongan berkenaan adalah salah satu daripada lima usul yang dipersetujui sebulat suara pada Mesyuarat UMNO Bahagian Ketereh, semalam.

Bahagian berkenaan juga menyokong segala usaha kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang memberikan keutamaan kepada usaha transformasi kerajaan khususnya transformasi Parlimen, peralihan ke fasa endemik, pemulihan ekonomi negara, menangani inflasi dan kos sara hidup rakyat, membela nasib rakyat serta mengekalkan keamanan dan perpaduan Keluarga Malaysia berteraskan prinsip Kebersamaan, Keterangkuman dan Kesyukuran. 

UMNO Ketereh juga merakamkan kesyukuran dan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri yang berjaya melakar pelbagai kejayaan dan prestasi cemerlang.

Selain itu, bahagian tersebut turut menyokong supaya perundingan penyatuan ummah diteruskan dengan UMNO kekal mengambil sikap terbuka untuk merealisasikan penyatuan bangsa Melayu dalam menghadapi PRU-15.

UMNO Ketereh juga menyatakan kesediaan jentera pilihan rayanya untuk menghadapi PRU-15 dengan semangat juang tinggi, setia kepada parti dan berkhidmat bersama komponen dan Sahabat Barisan Nasional untuk memenangkan parti dalam pilihan raya umum kali ini. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran