web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tun M Sila Pencen, Netizen Kecam Keputusan Pertahan Kerusi Langkawi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 7:02PM

Tun Dr Mahathir Mohamad - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding dan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bukan sahaja menjadi topik hangat di media massa hari ini, malah turut mencetuskan respon kurang baik warga maya.

Mereka menyifatkan sudah tiba masa pemimpin berusia 97 tahun itu berehat dari arena politik negara.

Di Twitter, tanda pagar #TunM menjadi antara topik sohor hari ini.

“Saya tidak fikir saya seorang sahaja yang mahukan anda bersara. Saya tak tahu siapakah dalam kalangan rakyat yang minta anda terus bertanding, tolonglah, masa untuk menasihatkan beliau untuk berehat,” kata @kureuMie.

“Tapi lah kan, apa lah yang Tun M sedang fikirkan hah? Realitinya parti beliau tu ‘sekenet’ (sangat kecil) je kot. Dengan tiada gabungan. Pening…,” tulis seorang pengguna.

“Mungkin dah sampai masa Tun M bersara daripada dunia politik. Anda masih boleh jadi penasihat untuk negara,” komen @arev1124.

“Tidak akan mempercayai Tun M,” kata pula seorang warga maya.

Manakala di Facebook, pengguna menasihatkan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu agar tidak bertanding pada PRU-15, sebaliknya memberi peluang kepada individu muda untuk diletakkan sebagai calon.

“Bagi orang mudalah pulak,” kata Abniaga Limestruck.

“Sayang Tun sebagai bapa kemajuan…tapi tidak untuk PM (Perdana Menteri) kali ke……?,” komen seorang pengguna.

“GTA tak laku di mata rakyat, sama juga dengan PEJUANG (Parti Pejuang Tanah Air) pun tak laku. Contoh di PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor dan Melaka ditolak mentah-mentah oleh rakyat,” tulis seorang warga maya.

Getaran hari ini melaporkan, Dr Mahathir mengesahkan akan bertanding pada PRU-15 bagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat GTA di Putrajaya, beliau mengesahkan akan bertanding sebagai calon untuk kerusi berkenaan, bukan sebagai Perdana Menteri.

Pada PRU-14, Dr Mahathir ‘menang besar’ bagi kerusi Parlimen Langkawi apabila memperoleh 18,954 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nawawi Ahmad dan calon PAS, Zubir Ahmad dengan majoriti 8,863 undi, sekali gus mencipta sejarah dalam politik negara.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa semalam selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas secara langsung.

Ismail Sabri berkata, beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari kelmarin dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

Katanya, penetapan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian serta urusan lain yang berkaitan adalah tertakluk kepada keputusan SPR. – Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran