web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cepatkan PRU Supaya Dapat Tubuh Kerajaan Sebenar - Pakar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 8:41PM

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan secepat mungkin supaya sebuah kerajaan yang dipilih menerusi mandat rakyat dapat ditubuhkan. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan secepat mungkin supaya sebuah kerajaan yang dipilih menerusi mandat rakyat dapat ditubuhkan, sekali gus memperoleh pengiktirafan global.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata, musim tengkujuh bukan alasan untuk tidak mempercepatkan proses demokrasi memandang SPR mempunyai peruntukan perundangan tertentu jika sesebuah kawasan dilanda musibah.

Menurutnya, tidak dinafikan bahawa pilihan raya adalah sebuah proses demokrasi yang hanya boleh diisytihar berjaya jika peratus pengundi keluar adalah tinggi.

“Jika dilihat daripada sudut peratusan keluar mengundi, pastinya peratusannya akan rendah jika berlaku sesuatu bencana atau cuaca buruk di sesebuah kawasan.

“Bagaimanapun, perlu diingat bahawa SPR mempunyai kuasa untuk membatal atau menangguhkan proses mengundi di sesebuah kawasan yang terjejas dan diadakan semula pada tarikh lain. Jadi saya tidak melihat masalah untuk diadakan PRU pada musim tengkujuh, namun prosesnya akan menjadi panjang jika ada sesebuah kawasan yang ditangguhkan proses pengundiannya,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi hari ini.

Ab Rashid yang kini sedang menjalani kuarantin kendiri selepas dijangkiti COVID-19 sejak lima hari lalu berkata,  kerajaan hari ini baginya bukanlah sebuah kerajaan yang menepati prinsip demokrasi.

“Kerajaan sekarang pun tidak mendapat pengiktirafan dunia kerana tidak mengikut proses demokrasi iaitu pilihan raya.

“Jadi, lebih baik diadakan pilihan raya secepat mungkin bagi membolehkan sebuah kerajaan yang sah ditubuhkan,” tegasnya.

Untuk rekod, kerajaan ditadbir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditubuhkan tahun lalu selepas tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum itu, pada PRU14, Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir adalah kerajaan pilihan rakyat, namun digulingkan selepas 22 bulan akibat ‘Langkah Sheraton’ yang digerakkan oleh Barisan Nasional (BN), PAS dan BERSATU.

Ab Rashid bagaimanapun mengakui, jika berlakunya pilihan raya pada musim tengkujuh, ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kos yang perlu dikeluarkan.

Menurutnya, penangguhan atau pembatalan proses mengundi di sesuatu kawasan yang terjejas akan meningkatkan kos memandangkan pengundian perlu dibuat semula pada tarikh lain.

“Apabila SPR menangguhkan proses mengundi di sesuatu kawasan yang terjejas, ia menyebabkan kos meningkat namun tidaklah sehingga mengganggu keseluruhan proses pilihan raya tersebut.

“Saya orang pilihan raya, jadi saya sokong jika ia dilakukan secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, pandangan dilontarkan Ab Rashid ada  kebenarannya.

Menurut beliau, kerajaan sekarang bukanlah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya, sebaliknya ‘pilihan’ Ahli Parlimen yang melompat parti walaupun ia sah di sisi undang-undang.

“Padangan Tan Sri mengenai sudah tiba masanya untuk PRU15 dilaksanakan juga ada betulnya, memandangkan ketika PRU diadakan jika berlakunya bencana SPR boleh menangguhkan proses tersebut di kawasan terjejas.

“Namun adakah ia sesuai? Jika benar banjir melanda pada bulan Oktober atau November depan, pastinya rakyat akan terjejas sekali gus mengganggu proses pilihan raya itu sendiri,” katanya.

Ketika ditanya gabungan mana yang akan mendapat kelebihan jika PRU15 diadakan pada November depan, Mazlan berkata PH pastinya memiliki peluang untuk memperoleh sokongan daripada rakyat terutamanya golongan atas pagar.

“Berdasarkan keadaan semasa, isu amat tidak memihak kepada BN dengan keadaan ekonomi tak bagus, Ringgit semakin lemah, kes rasuah dan mahkamah serta ada pemimpin mereka yang dihukum penjara.

“Ditambah jika PRU diadakan pada musim banjir, pastinya persepsi rakyat terhadap mereka jadi tidak baik. Malah kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa mereka sanggup redah banjir untuk PRU juga hanya akan backfire kepada pimpinan Perdana Menteri,” katanya. - Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

MCA Adakan AGM Secara Tertutup Tahun Ini

2

Politik 3 tahun yang lalu

Pengundi Awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman Tunai Tanggungjawab Esok

3

Politik 3 tahun yang lalu

PH Tidak Letak Syarat Bentuk Kerajaan Negeri - Wan Rosdy

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Che’Gu Bard Dipanggil Polis Bantu Siasatan Hantaran FB

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 38 minit yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad