web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


9 ADUN PKR Selangor Masih Jadi Proksi Azmin - Ezam

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 4:41PM

Mohamad Ezam (tiga dari kanan, duduk) pada sidang media Otai Reformis dan Gerak 98 di Petaling Jaya, hari ini.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Selangor termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari disyaki masih menjadi proksi kepada bekas timbalan presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dakwaan berkenaan diutarakan oleh dua kumpulan akar umbi PKR, Otai Reformis dan Gerak 98 dalam satu sidang media hari ini, yang turut menggesa kepimpinan PKR untuk tidak mencalonkan individu tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

“Kita tidak boleh membenarkan perjuangan reformasi ini dirosakkan lagi dengan episod khianat dalam PRU15 nanti.

“Kami mendesak parti untuk menolak calon dari kalangan mereka yang masih ada hubungan dengan Azmin,” tegas jurucakap Otai Reformis, Fazli Hassan.

Sidang media itu turut menamakan Amirudin sebagai ADUN yang masih menjadi duri dalam daging buat PKR.

Sebagai rekod, PKR memiliki 19 ADUN di seluruh Selangor manakala DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) masing-masing memiliki 16 serta enam kerusi.

Ketua pusat Gerak 98, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, Amirudin disyaki sebagai proksi Azmin kerana beliau hanya berdiam diri ketika Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu melompat parti, bersama 11 lagi Ahli Parlimen PKR pada 24 Februari tahun lalu.

Insiden “pengkhianatan politik” itu dikenali sebagai ‘Langkah Sheraton’ kerana satu perbincangan tertutup mengenai pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diadakan di Hotel Sheraton di sini yang membabitkan kumpulan Azmin, wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO dan PAS.

Ia membawa kepada penubuhan kerajaan PN pada 1 Mac, diikuti pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Beliau (Amirudin) juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ketika Azmin dan Zuraida menghentam, menyelar dan mempersenda Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR dalam kongres PKR tahun lalu.

“Malah dalam semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan) Selangor, orang Azmin masih kekal berkuasa. Lantikan mereka adalah bidang kuasa Menteri Besar, sudah setahun Langkah Sheraton terjadi tapi sampai sekarang tiada sebarang tindakan dikenakan kepada mereka,” katanya.

Ezam yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Anwar turut menawarkan diri sebagai calon bebas mesra PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi, pada PRU15 nanti.

Beliau yang juga bekas Senator turut mengingatkan kepimpinan PKR untuk terus proaktif dan bersungguh-bersungguh dalam menangani krisis dalaman parti.

“Setelah Langkah Sheraton, mereka masih berperangai seperti ‘business as usual’,” katanya yang pernah keluar dari PKR untuk menyertai BERSATU, namun kembali ke PKR pada Jun tahun lalu. - Getaran, 10 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 41 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 20 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad