Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Arahan Kosongkan Parlimen Rembau Cetus Teka-Teki Nasib KJ Pada PRU-15

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 1:40PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh beberapa bulan akan datang disifatkan paling getir untuk Khairy Jamaluddin, yang nasibnya masih terumbang ambing selepas kerusi Parlimen Rembau miliknya ‘dirampas’ Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagi Khairy, tindakan untuk mengosongkan satu-satunya kawasan pilihan raya yang pernah ditandinginya adalah sesuatu yang menakutkan.

Beliau telah mempertahankan kerusi itu selama tiga penggal berturut-turut sejak membuat penampilan pertama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008.

Mohamad Hasan - Gambar fail
Mohamad Hasan - Gambar fail

Dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini, Khairy kini akan menunggu dengan penuh sabar senarai penuh calon UMNO bagi melihat sama ada beliau masih mempunyai peranan untuk dimainkan dalam politik arus perdana Malaysia.

Seperti ketidaktentuan yang menyelubungi dirinya ketika ini, penglibatan Khairy dalam arena politik sejak dua dekad lalu juga didorong pelbagai spekulasi, dengan ramai mengaitkan kenaikan pangkat beliau dalam parti melalui bapa mertuanya yang juga Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Terlalu berharga untuk dimasukkan dalam ‘cold storage’

Dilahirkan di luar negara dan menghabiskan masa terbaik dalam tahun awalnya di tanah asing, Khairy kembali ke Malaysia pada lewat 1990-an sebelum berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Abdullah yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Khairy juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Abdullah ketika beliau menjadi Perdana Menteri pada 2003.

Paling ketara, Khairy digelar sebagai ketua ‘budak tingkat empat’ yang terkenal semasa zaman kepimpinan Abdullah.

Ia merujuk kepada pembantu muda beroperasi di bawah Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya yang didakwa menasihati Abdullah dalam pelbagai perkara berkaitan dasar dan pentadbiran.

Abdullah Ahmad Badawi ketika melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009. - Gambar AFP
Abdullah Ahmad Badawi ketika melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009. - Gambar AFP

Mantan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang bahkan pernah melabelkan Ahli Parlimen UMNO itu sebagai orang paling berkuasa 28 tahun di Malaysia yang "mengawal dan memanipulasi langkah dan keputusan dibuat Perdana Menteri.”

Ini secara jelas menunjukkan dakwaan pengaruh Khairy sejak penglibatan awalnya aktif dalam politik, walaupun beliau secara konsisten menafikan tuduhan beliau ‘menarik tali’ di belakang tadbir.

Beliau juga tetap setia apabila keadaan tidak berlaku seperti diinginkan.

Salah satu contohnya ialah apabila Datuk Seri Najib Razak terlepas pandang ketika melantik anggota Kabinet pertamanya pada April 2009, walaupun Khairy adalah ketua pemuda UMNO ketika itu.

Khairy Jamaluddin meraikan kemenangan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 2009. - Gambar AFP
Khairy Jamaluddin meraikan kemenangan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 2009. - Gambar AFP

Menariknya timbalan beliau, Datuk Seri Razali Ibrahim dinamakan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Kesetiaan Khairy bagaimanapun mendapat ganjaran apabila beliau akhirnya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan selepas PRU pada 2013.

Khairy Jamaluddin ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan. - Gambar AFP
Khairy Jamaluddin ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan. - Gambar AFP

Tetapi apabila masa semakin hampir dengan PRU-15, beliau kini berdepan prospek kehilangan kerusi Parlimen disandangnya, kemungkinan yang tidak dapat diduga beberapa bulan lalu.

Terdapat rungutan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berusaha untuk menyingkirkan Khairy sebagai mesej kepada pemimpin bersekutu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang dilaporkan mengetuai puak berasingan dalam parti.

Tetapi dalam gambaran UMNO yang lebih besar, menggugurkan aset yang amat berharga itu tidak masuk akal.

Terdapat khabar angin bahawa Zahid sedang berusaha untuk menyingkirkan Khairy sebagai mesej kepada pemimpin bersekutu dengan Perdana Menteri. - Gambar fail
Terdapat khabar angin bahawa Zahid sedang berusaha untuk menyingkirkan Khairy sebagai mesej kepada pemimpin bersekutu dengan Perdana Menteri. - Gambar fail

Ahli Parlimen selama tiga penggal itu diterima baik dan sepatutnya mampu menarik pengundi dalam kalangan atas pagar dan berkecuali di kerusi bukan tradisi UMNO, khususnya masyarakat bukan Bumiputera.

Beliau antara pemimpin dihormati pembangkang, yang secara umumnya dianggap bersih daripada skandal.

Malah hari ini Khairy dianggap sebagai salah seorang daripada beberapa pemimpin yang progresif dan bersederhana dalam partinya.

Selain itu, Khairy telah menunjukkan bahawa beliau boleh menjadi dirinya sendiri jika keadaan memerlukan.

Ini terbukti dalam penilaiannya bahawa Barisan Nasional (BN) kalah dalam PRU-14 disebabkan skandal 1Malaysia Development Bhd, bukannya kerana pembohongan dilontarkan Pakatan Harapan (PH).

Khairy juga tidak menahan diri daripada mengkritik pemimpin partinya sendiri, termasuk apabila beliau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Najib sebagai penasihat BN pada 2019, dan bertanding jawatan presiden menentang Zahid pada 2018, yang ketika itu Timbalan Presiden UMNO.

Pendek kata, beliau dilihat mempunyai ciri-ciri wajah pemimpin masa depan UMNO.

Beliau menduduki tempat kedua dalam tinjauan baru-baru ini mengenai siapakah pemimpin paling disukai untuk memegang jawatan Perdana Menteri, hanya di belakang Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadi, jika Umno mencalonkan Khairy di kawasan lain, apakah pilihan yang ada padanya?

Kerusi Putrajaya pilihan terbaik?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, spekulasi dari Putrajaya mengatakan bahawa modal pentadbiran telah diperuntukkan oleh UMNO untuk Khairy bertanding di situ.

Tindakan itu kononnya akan menyaksikan parti itu menggugurkan penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang terpalit dengan dakwaan rasuah, untuk calon lebih muda dan berkebolehan dalam acuan Khairy.

Tengku Adnan Tengku Mansor - Gambar fail
Tengku Adnan Tengku Mansor - Gambar fail

Gerakan sebegini akan memberi manfaat kepada parti dalam dua aspek iaitu mengukuhkan kedudukannya di kawasan pilihan raya utama dengan komposisi majoriti penjawat awam dan menonjolkan peranan Khairy dalam kerajaan Persekutuan.

Kawasan Parlimen itu juga tidak asing bagi dirinya.

Beliau menghabiskan tempoh dua setengah tahun ini berkhidmat di luar kawasan Parlimennya sebagai menteri dalam dua portfolio iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Menteri Kesihatan.

Memang, semua ini bergantung sama ada Zahid mahu memberikan pengaruh sedemikian kepada Khairy yang gagal menewaskannya dalam pemilihan presiden UMNO pada 2018.

Terdapat juga isu sama ada Tengku Adnan bersedia melepaskan Putrajaya, di mana beliau telah memenangi kerusi tersebut empat kali berturut-turut.

Kerusi Parlimen lain di Negeri Sembilan

Khabar angin juga mengatakan Khairy mungkin diminta kekal di Negeri Sembilan untuk bertanding di Parlimen Port Dickson atau Seremban, yang kini disandang PH.

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Ahli Parlimen Port Dickson kini disandang tidak lain dan tidak bukan, Anwar manakala kerusi Seremban pula dipegang Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Khairy perlu memenangi majoriti besar, melainkan jika Anwar atau Loke memutuskan untuk berpindah ke kerusi lain.

Pilihan yang lebih realistik ialah meletakkannya di salah satu daripada dua bekas kubu kuat UMNO iaitu Kuala Pilah atau Tampin.

Kedua-dua kerusi itu yang jatuh ke tangan pembangkang semasa tsunami politik pada 2018,  berjiran dengan Parlimen Rembau.

Kuala Pilah kini disandang Datuk Eddin Syazlee Shith dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang memenangi kerusi itu dengan hanya majoriti 200 undi, manakala Tampin  pula dimenangi Datuk Hasan Bahrom dari Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan majoriti undi 1,002. – The Vibes, 10 September 2022

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 22 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran