web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Bertanding Di Rembau: Kuatkah KJ Di Seremban?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 8:28PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesediaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bersaing di kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), mencetuskan persoalan di mana Menteri Kesihatan itu akan bertanding.

Bagaimanapun, penganalisis politik berpendapat, mantan Ketua Pemuda UMNO itu sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya dan Seremban.

Dr Ismail Sualman
Dr Ismail Sualman

Pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Datuk Dr Ismail Sualman berkata, Khairy mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak mempunyai masalah untuk menang di mana-mana kerusi.

Ismail berpendapat, sebagai calon ‘heavyweight’ (berpengaruh), Khairy diramal mempunyai peluang lebih besar untuk menang di Putrajaya.

Beliau memberitahu, Khairy bakal mendapat sokongan kuat daripada penjawat awam, memandangkan Menteri Kesihatan itu popular dari segi perwatakan, imej ‘keremajaan’ dan dianggap pemimpin ‘sempoi’.

“Saya rasa Khairy akan mendapat sokongan penjawat awam sebab beliau agak popular, perwatakan, keremajaan dan juga gaya dengan baju batiknya, beliau nampak sempoi.

“Perkara itu merupakan satu daya pemikat bagi anak muda dan saya rasa dia akan lebih selamat di Putrajaya. Secara umumnya, UMNO tidak mempunyai masalah jika Khairy bertanding di mana-mana sekali pun.

“Saya anggap beliau seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, pergi ke mana-mana boleh menang,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Semalam, Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau pada program di ibu negara dilapor mengesahkan, beliau tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.

Keputusan itu dibuat selepas beliau diarah mengosongkan kerusi berkenaan oleh Mohamad yang mahu bertanding di situ, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau disandangnya sejak 2004.

Justeru, Khairy mengakui terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun beliau berpolitik di Rembau.

Mustapha Yaakub
Mustapha Yaakub

Dalam pada itu, Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub turut senada dengan Ismail yang melihat Khairy tidak mempunyai masalah untuk bertanding di mana-mana kawasan.

Sebagai tokoh berpengalaman, tambahnya, Khairy mampu membina kekuatannya tersendiri, termasuk bertanding di kawasan seperti di Parlimen Seremban atau Port Dickson.

“Kesediaan Khairy memberi laluan kepada Mohamad di Parlimen Rembau adalah keputusan dalaman bahagian itu. Veteran melihat ianya satu keputusan dan persetujuan bersama yang dibuat demi kebaikan bahagian Rembau bagi menghadapi PRU-15,” katanya.

 Anthony Loke
Anthony Loke

Terdahulu, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook turut mengulas ura-ura Khairy bakal bertanding di Parlimen Seremban.

Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP menyifatkan Menteri Kesihatan berkenaan sebagai tokoh politik berkaliber dan lawan yang kuat.

Sekiranya benar Khairy bertanding di Parlimen Seremban, jelasnya, maka persaingan tersebut amat sengit dan menjadi antara kerusi paling ‘panas’ pada PRU-15.

“Namun, sebagai pemimpin DAP, saya tidak gentar untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran dalam perjuangan politik.

“Saya tetap bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Seremban dalam PRU-15 walaupun berhadapan dengan Khairy atau sesiapa pun yang dicalonkan pihak lawan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Anthony, biarlah rakyat dan pengundi di Parlimen Seremban menilai serta memutuskan sama ada beliau terus layak mewakili kepentingan dan suara mereka di Dewan Rakyat. - Getaran, 5 September 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 5 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad