web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairy Ada Aura Tersendiri, Tak Tanding PRU-15 Kerugian Buat UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 2:03PM

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berpendapat, Khairy Jamaluddin disifatkan sebagai aset politik terpenting yang berupaya membantu kemenangan UMNO pada PRU-15 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk tidak bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal mewujudkan senario terburuk dan memberi kerugian kepada UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berpendapat, Khairy yang juga Menteri Kesihatan disifatkan sebagai aset politik terpenting yang berupaya membantu kemenangan parti tersebut pada PRU-15.

Menurut beliau, Khairy mempunyai aura tersendiri yang boleh membantu mengekalkan momentum kemenangan buat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Selain itu, KJ (Khairy) juga dilihat sebagai personaliti yang boleh memberi keseimbangan untuk menarik pengundi khususnya kumpulan belia 18 tahun dan pengundi kali pertama.

“Perubahan demografi pengundi pasca Undi 18 ini juga dilihat cukup dinamik dan KJ mempunyai aura tersendiri yang boleh mengekalkan momentum kemenangan buat parti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


Semalam, Khairy mengejutkan ramai apabila mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15, dengan menjelaskan beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, Mohamad mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Khairy mengakui terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.

Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, beliau mengenali Khairy secara peribadi sejak mereka bersama-sama bergiat aktif dalam pergerakan Pemuda UMNO.

“Kami semua dapat lihat beliau mempunyai kebolehan tersendiri untuk deliver (menyampaikan) serta melunaskan tanggungjawab dengan baik.

“Ya, adakala beliau agak lantang memberikan sudut pandang atau perspektif yang agak berbeza. Namun, ia tidak bermakna pandangan beliau betul semuanya atau salah semuanya,” katanya.

Pada masa sama, Reezal Merican berkata, Khairy dilihat sebagai seorang rakan menteri yang sering memberi hujah bernas dalam mesyuarat Kabinet.

“Kepimpinan beliau juga diiktiraf di peringkat antarabangsa hingga membolehkan beliau dipilih sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Mei lalu.

“Seperti manusia lain juga, KJ tidak sempurna tetapi saya yakin keupayaan dan kebolehan beliau sebagai seorang pemimpin akan terus menjadi aset politik yang cukup penting untuk kemenangan parti pada PRU15,” katanya. - Getaran, 5 September 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 23 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran