web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Dipenjara Bukti Kerajaan UMNO Tak Campur Tangan Proses Badan Kehakiman

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 10:03PM

Nur Jazlan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hukuman penjara dijalani mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pemerintahan kerajaan UMNO, jelas menunjukkan bahawa parti itu tidak campur tangan dalam proses mahkamah.

Timbalan Ketua UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kes membabitkan Ahli Parlimen Pekan itu bertentangan dengan dakwaan pihak tertentu bahawa UMNO mempengaruhi badan kehakiman.

Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri itu berkata, dakwaan terbabit termasuk kononnya ia menolak gesaan pihak tertentu dalam UMNO supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dipercepatkan sebagai usaha menyelamatkan lebih ramai pemimpin korup daripada ke penjara.

“Bagi saya, alasan ini benar-benar ‘tak boleh pakai’ kerana hari ini, Najib sudah dihantar ke penjara walaupun kerajaan dipimpin Naib Presiden UMNO.

“Ini membuktikan UMNO tidak mempengaruhi institusi kehakiman sebagaimana dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, apabila membuat dakwaan terpilih terhadap pemimpin UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Najib diperintah menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula 23 Ogos lalu, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah dibuat Mahkamah Tinggi berkaitan kes rasuah membabitkan dana milik SRC International Sdn Bhd.

Pemenjaraan Najib mencetuskan kemarahan ahli parti yang sealiran dengan beliau, sehingga menghadiri Taklimat Khas diadakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Sabtu lalu bagi menuntut keadilan dan pilihan raya awal.

Jazlan berkata, semangat dan keyakinan ditunjukkan UMNO serta Barisan Nasional (BN) mula membuatkan pihak PH dan Perikatan Nasional (PN) ‘kecut perut’, selain bimbang mereka dikalahkan sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan, ia adalah sebab mengapa pihak tertentu membuat serangan peribadi terhadap UMNO, termasuk cubaan Jabatan Peguam Negara untuk mempercepat perbicaraan Ahmad Zahid dengan mempersoalkan wujud campur tangan politik.

Jazlan menambah, alasan diberikan PH untuk menangguhkan pilihan raya, kononnya demi kepentingan rakyat, menunjukkan pakatan pembangkang prihatin terhadap kepentingan ‘nasib’ mereka sendiri, selepas kegagalan mentadbir negara sebagai kerajaan selama 22 bulan.

“Mereka tahu jika pilihan raya diadakan hari ini, rakyat akan menghukum mereka.

“Mereka juga sudah kehabisan ‘peluru politik’ untuk menyerang UMNO-BN. Isu Najib sudah tamat, begitu juga isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) apabila tiada pemimpin UMNO terlibat,” jelasnya.

Dengan situasi ‘buruk’ membelenggu Perikatan Nasional (PN), katanya, termasuk menyaksikan PAS mahu menggunakan logo sendiri di negeri di bawah pentadbirannya, ia menunjukkan keyakinan terhadap parti dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin kurang.

Sementara itu, beliau berkata, ia diburukkan dengan cadangan Muhyiddin untuk membentuk kerjasama dengan parti pembangkang lain yang ditolak beberapa kali.

“Di sebalik keyakinan Muhyiddin bahawa PN bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum, jauh di lubuk hati, beliau masih takut kerana beliau tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dipimpinnya semakin lemah.

Dalam perkembangan lain, Jazlan berkata, kenyataan Muhyiddin baru-baru ini yang menggesa siasatan terhadap anggota Kabinet dari BERSATU, Datuk Abdul Latiff Ahmad atas dakwaan terbabit dalam projek LCS adalah petanda bahawa karier politiknya bakal berakhir.

Katanya, ia seolah-olah untuk melepaskan masalah ditanggung BERSATU yang dibimbangi merugikan parti pada pilihan raya umum nanti.

“Muhyiddin bersetuju untuk pihak berkuasa menyiasat Latiff tanpa dia atau mana-mana pemimpin BERSATU lain membelanya.

“Matlamat Muhyiddin adalah untuk mengetepikan Abdul Latiff supaya beliau tidak menjadi liabiliti.

“Muhyiddin dan BERSATU tidak mahu kes LCS atau Abdul Latiff menjadi perkara yang digunakan parti lawan untuk menyerang mereka semasa pilihan raya umum,” katanya.

Abdul Latiff baru-baru ini terpalit skandal LCS selepas namanya terkandung dalam laporan audit forensik, menyaksikan beliau didakwa pasangan kepada Zainab Mohd Salleh dan ‘menyedut’ jutaan ringgit dana projek.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu bertegas menafikan beliau mempunyai hubungan dengan Zainab atau terbabit skandal berkenaan. - The Vibes, 31 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad