web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Penuhi Permintaan Kami Atau Dipecat’, PM Terima Amaran Panglima Perang UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 11:23AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi kata dua oleh kumpulan berkenaan agar segera memenuhi empat tuntutan dibuat, atau disingkirkan daripada terus menyandang portfolio Naib Presiden UMNO - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelihatan sedang berdepan tekanan hebat dan tersepit dengan tindakan partinya sendiri.

Beliau diberi kata dua oleh kumpulan berkenaan agar segera memenuhi empat tuntutan dibuat, atau disingkirkan daripada terus menyandang portfolio Naib Presiden UMNO.

Ini seterusnya akan – ada yang berharap – membawa kepada pengakhiran serta merta kuasa sebagai Perdana Menteri, sekali gus menjadikan ia tempoh tersingkat dalam sejarah.

Pada mesyuarat biro politik kelmarin yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, empat tuntutan diajukan kepada Perdana Menteri, dengan tiga daripadanya berkisar kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes SRC International.

Tiga tuntutan itu ialah penyingkiran Peguam Negara, penyingkiran Ketua Hakim Negara dan mendapatkan pengampunan Diraja untuk Najib.

Tuntutan lain ialah agar pilihan raya umum diadakan pada kadar segera.

Empat tuntutan diajukan kepada Perdana Menteri, dengan tiga daripadanya berkisar kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang - Gambar oleh Azim Rahman
Empat tuntutan diajukan kepada Perdana Menteri, dengan tiga daripadanya berkisar kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang - Gambar oleh Azim Rahman

"Perdana Menteri diganggu oleh rakan-rakan pemimpin UMNO untuk menyelamatkan Najib daripada hukuman penjara yang panjang selama 12 tahun,” kata sumber.

“Walaupun ada tuntutan yang kuat, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak boleh campur tangan dalam proses kehakiman.”

Beliau berkata, kemarahan dan sikap terdesak segelintir pemimpin UMNO menyaksikan mereka sanggup mengugut Ismail Sabri untuk menuruti semua kehendak itu, atau berdepan kemungkinan dipecat pada taklimat khas parti oleh Zahid, esok.

“Perdana Menteri berpendapat, sebarang kenyataan tidak akan membantu meredakan suasana. Beliau juga percaya majoriti ahli UMNO tidak mahu sistem kehakiman dan proses perundangan dicemari campur tangan parti.

“Beliau mengekalkan pendirian bahawa doktrin pemisahan kuasa perlu dihormati. Tapi inilah situasi sekarang. Mereka sanggup memecat Perdana Menteri UMNO,” kata sumber lagi.

Kemarahan dan sikap terdesak segelintir pemimpin UMNO menyaksikan mereka sanggup mengugut Ismail Sabri untuk menuruti semua kehendak itu, atau berdepan kemungkinan dipecat pada taklimat khas parti oleh Zahid, esok - Gambar Fail
Kemarahan dan sikap terdesak segelintir pemimpin UMNO menyaksikan mereka sanggup mengugut Ismail Sabri untuk menuruti semua kehendak itu, atau berdepan kemungkinan dipecat pada taklimat khas parti oleh Zahid, esok - Gambar Fail

Hanya 73 daripada 191 ketua bahagian hadir pada mesyuarat tergempar Isnin lalu yang diadakan Zahid bagi membincangkan misi ‘menyelamatkan Najib’.

Zahid sendiri berdepan 47 pertuduhan jenayah, 12 daripadanya melibatkan kesalahan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 lagi untuk pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Sejak Najib dipenjara Selasa lalu, Zahid tampil memberikan sokongan, sebahagian besarnya dengan menegaskan sumbangan bekas perdana menteri itu kepada negara dan menafikan bahawa keadaan itu akan melemahkan keupayaan UMNO.

Sebuah kumpulan dikenali sebagai Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia pada Rabu menyerahkan memorandum kepada 

Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan Diraja terhadap Najib, dengan sokongan hampir 300 pengikut.

Jika Ismail Sabri enggan menyerahkan memorandum itu, kumpulan terbabit mendesak Zahid dan Ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri, iaitu langkah yang boleh membawa kepada kejatuhan kerajaan. - The Vibes, 26 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad