web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib, Ahmad Zahid Bertemu PM Secara Tertutup Di Seri Perdana - Sumber

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 8:10PM

Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di Seri Perdana dan pertemuan itu disahkan beberapa pemimpin UMNO. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, susulan mesyuarat tergempar bersama sekumpulan Ketua Bahagian UMNO di Menara Dato Onn pagi tadi.

Kedua-dua pemimpin itu dilaporkan menuju ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya untuk bertemu Ismail Sabri.

Rundingan tertutup itu diadakan di lokasi berbeza dengan ibu pejabat UMNO berkenaan yang terdahulu menyaksikan ketua bahagian parti terbabit dan pengamal media berkumpul sejak jam 11 ​​pagi.

Pertemuan kedua-dua mereka dengan Perdana Menteri itu, disahkan beberapa pemimpin kanan UMNO yang percaya perbincangan Najib dan Ahmad Zahid dengan Ismail Sabri harus diadakan secara tertutup.

Awal hari ini, Zahid mempengerusikan mesyuarat bersama puluhan pemimpin UMNO bahagian untuk menyeru Ismail Sabri supaya campur tangan dalam rayuan terakhir Najib berhubung sabitan SRC International.

Menurut sumber The Vibes, majoriti ketua bahagian tidak hadir pada mesyuarat itu dan ia menunjukkan mereka menolak untuk meminta Perdana Menteri campur tangan dalam proses kehakiman.

Difahamkan, dalam mesyuarat ditetapkan Ahmad Zahid pagi tadi itu, hanya 73 daripada 191 pemimpin UMNO bahagian hadir dan majoritinya sehaluan dengan presiden dan pendahulu jawatan itu, Najib.

Bagaimanapun, The Vibes dimaklumkan bahawa pertemuan itu juga bertukar ‘hangat’ selepas minoriti pemimpin menentang tuntutan untuk campur tangan dalam proses kehakiman.

Pada masa sama, difahamkan beberapa ketua bahagian mengatakan, Ahmad Zahid tidak akan kembali ke Menara Dato’ Onn susulan pertemuan bersama Perdana Menteri itu.

Ketua bahagian juga dilihat meninggalkan ibu pejabat parti berkenaan kira-kira jam 7 petang ini. - The Vibes, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad