web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tun M Dilantik Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 7:40PM

Dr Mahathir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) yang menggabungkan parti politik berteraskan Melayu dan Islam.

Jurucakap GTA berkata, gabungan tersebut ditubuhkan berdasarkan pandangan pelbagai akar umbi masyarakat Melayu di negara ini.

Katanya, kegelisahan dan tekanan dihadapi masyarakat dari sudut ekonomi, sosial dan kebajikan menyebabkan mereka percaya orang Melayu memerlukan satu pilihan politik lebih baik dalam menangani masalah rakyat.

“Pandangan rakyat ini disokong berdasarkan resolusi Persidangan Intelektual Melayu oleh Forum Melayu Kebangsaan (FORUM) yang dihadiri kumpulan intelektual, sarjana dan tokoh Melayu pada 29 Julai lalu.

“Mereka berpandangan masa depan orang Melayu semakin terhimpit apabila kuasa politik kaum tersebut tidak stabil dan terus lemah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut jurucakap itu, resolusi persidangan tersebut juga berpandangan naratif politik orang Melayu memerlukan perubahan drastik dan menyeluruh demi menyelamatkan negara.

“Persidangan juga berpandangan bahawa orang Melayu hari ini terperangkap dengan hanya satu pilihan iaitu untuk memilih kumpulan pemimpin politik Melayu yang sudah rosak dengan rasuah, salah guna kuasa dan ketidakcekapan mengurus negara serta kebajikan orang Melayu,” katanya.

Ujarnya lagi, pemimpin tersebut juga memberi nama buruk kepada orang Melayu dan agama Islam itu sendiri.

“Atas dasar itu, pada hari ini kami telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Gabungan Politik Orang-Orang Melayu yang kami namakan Gerakan Tanah Air (GTA).

“GTA bukan hanya gabungan parti politik namun pelbagai kepimpinan Melayu dari kumpulan masyarakat sivil (NGO), intelektual, tokoh  masyarakat, pendidik, agamawan, wanita, profesional, ahli perniagaan dan generasi baharu,” katanya.

Katanya, GTA bersatu hati dan komited untuk merubah sikap serta masa depan orang Melayu serta membangunkan Malaysia ke arah negara yang unggul.

Mengulas lanjut, beliau berkata, GTA tidak memusuhi bangsa lain di Malaysia tetapi yakin bahawa kepimpinan bermasalah mengakibatkan masyarakat berbilang kaum turut terjejas.

GTA turut dianggotai Timbalan-Timbalan Pengerusi iaitu Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim; Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Ibrahim Ali; Presiden Pejuang Tanahair (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak.

Bagaimanapun, nama Naib Presiden, Bendahari dan Ketua Penerangan akan diumumkan kemudian.

Timbalan Presiden PEJUANG, Datuk Marzuki Yahya, dilantik sebagai Ketua Setiausaha. - Getaran, 4 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Anggap GTA Tak Berfungsi, Dr Mahathir Letak Jawatan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Saya Tak Mahu Bergaduh Tapi Tetap Akan 'Londehkan' Dr Mahathir

3

Politik 3 tahun yang lalu

‘Bagus Untuk Tahu’ PEJUANG Berminat Menyertai PN - Peja

4

Politik 3 tahun yang lalu

Bukan Takut Debat Syed Saddiq, Jadual Saya Yang Padat - Abdullah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad