web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nak Saya 'Berjaya' Dengan Jilat Perasuah? Pilih Orang Lain - Anwar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 1:26PM

Anwar Ibrahim - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan mesej jelas kepada pihak yang menyindir beliau ekoran kegagalan Presiden PKR itu memegang jawatan Perdana Menteri sehingga kini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan, beliau pastinya akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri sekiranya memilih untuk berkompromi dengan golongan perasuah ketika krisis politik negara tahun lalu.

Namun begitu, menurutnya, beliau memilih untuk setia berprinsip dan enggan menutup kes mahkamah yang sedang berjalan.

"Tetapi untuk memberi pengakuan saya akan menutup kes yang melibatkan tokoh-tokoh utama dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN), saya jawab tidak mungkin.

"Saya tidak minta maaf, saya kata terima kasih. Kita lawan dan hadapi dalam pilihan raya akan datang.

Ada mengatakan kalau begitu sudahlah. Anwar ini gagal demi gagal demi gagal. Hei, dengar sini, hendak saya berjaya dengan menjadi penjilat kepada perasuah, pilih presiden lain," katanya, sinis.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan Ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.

Menceritakan peristiwa tersebut, Anwar memberitahu, sokongan yang diterimanya ketika itu adalah daripada 105 ahli Parlimen pembangkang dan 13 ahli Parlimen UMNO setelah ditolak 'kluster mahkamah'.

"Tetapi saat akhir malam itu, saya masih menerima mesej (kerana) saya belum beri pengakuan tegas untuk menutup kes mahkamah yang sedang berjalan.

"Saudara, sebelum 8 malam, esok pagi kalau saya kata okay, bagi nota sedikit, saya (pasti) dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Tetapi saya bersama saudara-saudara," katanya yang disambut sorakan gemuruh semua perwakilan.

Anwar turut berkongsi bagaimana beliau menolak semua elaun diberikan kerajaan sebagai Ketua Pembangkang,  yang berjumlah kira-kira RM50,000 sebulan.

Tambahnya, kesengsaraan ditanggung rakyat ekoran pandemik COVID-19, termasuk kehilangan pekerjaan, miskin dan tidak cukup makan mendorong membuatkan beliau mengambil keputusan sedemikian.

PKR katanya, adalah parti perjuangan yang sering sahaja membicarakan soal pengangguran dan pertambahan bilangan rakyat miskin.

"Ini saya kata, kemanusiaan bukan soal kaum lagi, miskin-miskin, lapar-lapar. Fahamlah sikit masalah derita ini masalah rakyat bukan masalah kaum. 

"Inilah keadaannya apabila kita tengok begitu. Bagaimana pada masa sama beri kotak makanan kepada orang, kita hendak mengambil RM50,000 sebulan? Jadi saya menolak pelawaan itu," katanya. - 16 Julai 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 2 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 5 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad