web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seruan Anwar Agar PKR Bersatu Hadapi PRU

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 9:21PM

Anwar turut berharap kongres parti yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, menjadi medan untuk memperkukuh dan merangkul semua kekuatan dalam parti. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua kepimpinan dan ahli PKR supaya bersatu sebagai sebuah pasukan baharu bagi memperkuat serta mempersiapkan jentera parti menghadapi pilihan raya umum (PRU).

Presiden PKR itu berkata, seluruh kekuatan perlu digembleng supaya parti tersebut dan Pakatan Harapan (PH) dapat mengalahkan kelompok korup, rasuah dan zalim pada PRU berkenaan.

“Kita juga baru selesai pemilihan parti. Pemilihan ini proses demokratik.

“Tidak semuanya sempurna tetapi mandat itu jelas bahawa parti mahu mengangkat rakan-rakan yang boleh membantu menjana perubahan, menjana islah untuk kebaikan kita semua,” katanya menerusi ucapan video di Facebook hari ini.

Anwar turut berharap kongres parti yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, menjadi medan untuk memperkukuh dan merangkul semua kekuatan dalam parti.

Beliau menjelaskan, kongres berkenaan juga perlu menjadi platform untuk mengilap kembali idealisme perjuangan.

“Mudah-mudahan kongres ini menjadi medan untuk kita memperkukuh, merangkul semua kekuatan dalam parti dan kembali mengilap idealisme perjuangan bahawa kita tegak di atas prinsip perjuangan.

“(Ini termasuk) Menolak rasuah dan penyelewengan serta mengangkat martabat rakyat,” katanya.

Anwar menegaskan, kongres parti juga diadakan ketika rakyat terutama yang miskin terus terkesan dan menderita akibat kos sara hidup tinggi, justeru amanah mereka jangan disia-siakan.

“Soal kedudukan dan soal kepentingan tidak boleh mengatasi tanggungjawab utama kita, iaitu mendepani serta mengemukakan masalah rakyat,” katanya. - Getaran, 14 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad