web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri 'Cap Ayam' PAS Jadi Beban, Hanya Tahu Berseronok - Nur Jazlan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 8:58PM

Nur Jazlan Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri 'cap ayam' dari PAS disifatkan sebagai beban besar kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan sinis berkata, ketidakcekapan menteri dari parti terbabit menyebabkan kerajaan dan Perdana Menteri terpaksa menanggung pelbagai masalah.

Menurut beliau, menteri PAS hanya tahu berseronok apabila dapat bergaya dengan kehidupan mewah dan menerima layanan terbaik, namun gagal melaksanakan tugas masing-masing dengan baik.

“Realitinya Perdana Menteri memang terpaksa memikul segala masalah dan isu negara kerana barisan menteri yang ada dalam kerajaan hari ini memang tak boleh harap. Apatah lagi menteri dan timbalan menteri yang dilantik dari kalangan pemimpin PAS. Semuanya jenis menteri ‘cap ayam’.

“Menteri yang langsung tak ada kebolehan memimpin dan menguruskan kementerian masing-masing tapi berlagak mengalahkan menteri Eropah.

“Menteri daripada PAS ini hanya seronok dapat bergaya dengan suit mahal, naik kereta mewah, duduk di Putrajaya, makan gaji dan dapat layanan VVIP. Tapi bila buat kerja, semuanya tak reti dan gagal!” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Nur Jazlan memuatnaik gambar ini di dalam Facebooknya.
Nur Jazlan memuatnaik gambar ini di dalam Facebooknya.

Dalam hantaran tersebut, Ketua UMNO Bahagian Pulai itu turut menyindir prestasi menteri PAS termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Nur Jazlan juga sempat membidas malah turut prestasi Presiden pari itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang selaku Duta Khas Asia Barat.

“Bukan setakat menteri PAS saja yang ‘cap ayam’, Duta khas bertaraf menteri pun lagi teruk. Duta khas ‘cap ayam kampung’. 

“(Abdul) Hadi dilantik jadi Duta Khas Asia Barat tapi 'pejabat' dia di Negeri Pantai Timur. Pelik sungguh kan? Macam mana dia uruskan kerja-kerja sebagai duta. Semua duta lain buat kerja dan duduk di negara-negara mereka ditugaskan. Tapi Duta Khas yang seorang ni boleh pula duduk di Marang,” sindirnya.

Nama lain pemimpin PAS yang juga dikritik Nur Jazlan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad yang dilihat bertelagah dengan Istana Selangor berhubung isu perayaan Bon Odori.

Beliau turut menamakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang pada awal tahun lalu dikecam hebat susulan petua diberikan kepada pasangan suami isteri. untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

“Begitulah kualiti dan kredibiliti menteri-menteri ‘cap ayam’ daripada PAS sehingga menjadi beban batu besar kepada Perdana Menteri (PM). Mereka yang tak reti buat kerja, mereka yang tak cekap dan mereka yang buat silap tapi akhirnya kerajaan serta PM yang kena tanggung.

“Bagi saya, menteri-menteri PAS dan (Abdul) Hadi ini lebih jahil politik berbanding saya tapi mereka pandai memanipulasi semua benda untuk nampak mereka cerdik dan berwibawa,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2022


 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad