web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pencipta Kleptokrat, Kluster Mahkamah Dalam UMNO Tolak Perpaduan MN - Wan Saiful

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 5:39PM

Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, pencinta kleptokrat dan pengikut kluster mahkamah dalam UMNO menolak perpaduan Muafakat Nasional (MN).

Katanya, ia susulan kenyataan terbaharu Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada 21 Jun lalu yang menegaskan bahawa parti itu menolak kerjasama dengan BERSATU termasuk menerusi MN.

Malah beliau turut mempertikaikan sama ada pendirian UMNO itu merupakan satu keputusan bersama yang dibuat antara parti dalam gabungan berkenaan.

“Selepas ini jangan berhelah lagi seolah-olah mahukan perpaduan. Lengkap dengan alasan-alasan yang baru dicipta. Adakah ini pandangan rasmi Muafakat Nasional setelah dibawa bermesyuarat?

“Atau pencinta kleptokrat memandai-mandai cipta alasan tanpa bermesyuarat? Kluster mahkamah UMNO memang terkenal dengan perangai Abang Long yang mendominasi keputusan, berlagak seperti suara mereka adalah suara semua. Bila pula MN putuskan sedemikian, atau unilateral sahaja?” soalnya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Shahril Sufian Hamdan - Gambar fail
Shahril Sufian Hamdan - Gambar fail

Menurutnya lagi, Shahril mencipta pelbagai alasan baharu bagi menyokong pendirian UMNO termasuk isu berkaitan penubuhan Perikatan Nasional (PN).

“Kononnya marah sebab tertubuhnya PN sehingga tak jadi bermuafakat. Padahal PN mula berfungsi sejak Februari 2020 dan didaftarkan pada 7 Ogos 2020. Surat jemputan masuk MN pula bertarikh 13 Ogos 2020.

“Maksudnya jemputan tu selepas PN sudahpun ditubuhkan. Kalau betul tak setuju PN ditubuhkan, kenapa jemput masuk MN selepas PN tertubuh? Masa boss kamu (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi tandatangan surat jemputan, dia terlupa bahawa dia sepatutnya marah ke?” soalnya.

Susulan itu, beliau dalam nada sinis menasihati Shahril supaya menyemak dahulu tarikh surat jemputan tersebut sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Kalau nak cipta alasan bagi pihak boss kamu (Zahid Hamidi) sekali pun, periksalah tarikh tu dulu. Jangan senang sangat ‘kantoi’.

“Walau apa pun, ini bukti tuntas bahawa yang menjadi masalah dan menghalang perpaduan ialah pencinta kleptokrat dan pengikut kluster mahkamah. Jangan nak salahkan orang lain pula,” katanya.

Terdahulu, Shahril berkata, terdapat beberapa asas jelas menyebabkan UMNO menolak kerjasama dengan BERSATU antaranya adalah matlamat parti itu yang didapati berhasrat menggantikan UMNO.

Katanya, perkara itu dapat dilihat menerusi tindakan yang diambil BERSATU pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila parti itu meletakkan calon di 17 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melawan calon Barisan Nasional (BN). - Getaran, 27 Jun 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad