web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pusingan U Jejaskan Keyakinan Rakyat, Industri dan Pasaran

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 3:58PM

Sim Tze Tzin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pusingan U terhadap keputusan menghapuskan harga siling ayam hanya tiga hari selepas mengumumkannya, menunjukkan kelemahan dan kegagalan kerajaan untuk konsisten.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, dasar kerajaan itu dilihat tidak dirangka dengan objektif yang jelas, profesional serta melibatkan semua pihak.

“Perdana Menteri mempunyai Menteri dan Timbalan Menteri seramai 69 orang. Kenapa tidak seorang pun berupaya memahami secara mendalam punca kenaikan harga ayam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tze Tzin turut mempersoalkan peranan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam mencari penyelesaian berhubung soal tersebut.

“Takkan tak berupaya mencari penyelesaian yang tuntas,” katanya sambil menambah, majlis tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri dan dianggotai oleh menteri ‘hebat’ dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, pusingan U itu telah menyebabkan keyakinan rakyat, industri ternakan dan pasaran terjejas.

“Rakyat tidak yakin bila harga ayam akan naik. Penternak tidak yakin bila subsidi akan dihentikan atau diteruskan.

“Pasaran tidak menentu kerana dasar kerajaan sering berubah-ubah. Hari ini sektor ayam, esok sektor mana pula,” katanya.

Jelas Tze Tzin, Ismail Sabri pada 21 Jun lalu mengadakan sidang media mengumumkan penambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 untuk keluarga B40 bagi mengatasi kenaikan harga ayam dan telur, susulan pemansuhan harga kawalan yang dijadualkan 1 Julai depan.

Jelasnya, rakyat sudah tentu berasa marah kerana tambahan RM100 itu jika dibahagikan untuk enam bulan, setiap keluarga B40 hanya mendapat tambahan RM16.67 sebulan.

“Bantuan itu hanya cukup membeli setengah ekor ayam sahaja,” katanya dan mendakwa, kemarahan rakyat itulah yang menyebabkan kerajaan mungkin berasa takut terhadap masalah ayam.

“Kerana itu, kurang dari 72 jam, Perdana Menteri segera mengumumkan pusingan U dan meneruskan kawalan harga,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad