Berita Terkini

1 jam yang lalu: Korban banjir di Bangladesh meningkat kepada 82 orang 1 jam yang lalu: Kelantan senaraikan bocce sebagai sukan pilihan SUKMA 2026 1 jam yang lalu: Polis lengkapkan kertas siasatan kes buli pelajar di Teluk Intan 1 jam yang lalu: Penyelarasan cuti hujung minggu di Johor masih dalam peringkat kajian – MB 1 jam yang lalu: Harga maksimum baharu ayam ambil kira kepentingan semua pihak - Rosol

IKUTI KAMI


Majlis Watikah Tajuddin Ditunda, Sumber Enggan Dedah Mengapa

Politik Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 8:16PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengesahan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa beliau menerima jemputan ke Istana Negara hari ini bagi menerima watikah pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia adalah tidak tepat.

Sumber memaklumkan, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) itu sememangnya akan menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tetapi bukan hari ini seperti dilaporkan.

Menurutnya, majlis tersebut ditunda ke satu tarikh yang masih belum lagi ditetapkan oleh Istana Negara.

“Memang benar beliau (Tajuddin) akan terima watikahnya sebagai Duta Besar Malaysia dengan beberapa lagi perwakilan ke negara-negara lain namun (majlis itu) bukan diadakan hari ini.  

“Majlis penyampaian watikah berkenaan telah ditunda namun kita tak tahu bila tarikh ia akan dilaksanakan semula. Diharapkan bersabar, tunggu kenyataan rasmi dalam waktu terdekat,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Getaran cuba menghubungi Tajuddin untuk mendapatkan pengesahan, namun sehingga kini Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO itu belum memberi sebarang maklum balas berkenaan perkara tersebut.

Terdahulu, Tajuddin mengesahkan sudah menerima jemputan ke Istana Negara untuk menerima watikah pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual mengurniakan watikah pelantikan kepada Tajuddin dan empat lagi duta lantikan pada jam 2 petang hari ini.

“Ya, saya boleh mengesahkannya. Saya sudah menerima jemputan Yang di-Pertuan Agong untuk menerima watikah pelantikan sebagai duta esok (hari ini),” katanya seperti yang dilaporkan media tempatan.

Selain Tajuddin, Yang di-Pertuan Agong juga berkenan untuk menyampaikan watikah kepada empat lagi ketua perwakilan ke negara Jepun, Arab Saudi, Iran dan Korea Selatan.

Usaha Getaran untuk ‘mengorek’ sebab sebenar upacara itu ditangguhkan tidak berhasil apabila sumber terbabit ‘mengunci mulut’, namun difahamkan ia berpunca daripada keadaan Seri Paduka yang gering di bahagian kaki dan sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di sini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, kesihatan baginda secara amnya bagaimanapun adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

“Sehubungan itu, program yang dijadualkan berlangsung pada hari ini dan semua program terdekat membabitkan keberangkatan Seri Paduka Baginda ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat selepas selesai menjalani rawatan,” katanya. - Getaran, 20 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Tajuddin Digugur Sebagai Ahli MKT UMNO

2

Politik 1 bulan yang lalu

Pelantikan Tajuddin Bukan Isu Besar, Amalan Biasa Lantik Ahli Politik

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pelantikan Tajuddin Sebagai Duta Malaysia Ke Indonesia Dipersetujui Jokowi

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Tajuddin Buat 'Hal' Lagi, Netizen Anggap Kelakuan Memalukan, Ibarat Gangster

Sorotan

1

"Know Know Got Fiancé" - Sharifah Amani Umum Bertunang

2

2 Beranak Rentung Banglo Terbakar

3

Kereta Terjunam Dalam Sungai: Mayat Ibu, 2 Anak Ditemukan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

KKM Keluar 335 Notis Kesalahan Merokok Dalam Operasi Di Ibu Negara

Semasa 1 hari yang lalu

MKT UMNO Sokong Keputusan Kerajaan Kekalkan Subsidi - Ahmad Maslan

oleh A. Azim Idris

Semasa 1 hari yang lalu

3 Hingga 4 Penunggang P-Hailing Terlibat Kemalangan Seminggu

Semasa 22 jam yang lalu

Video Berbalas Tembakan Tidak Berlaku Di Bukit Tinggi - Polis