web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wujud Keraguan Keputusan Tak Rasmi Pemilihan PKR - Farhash Wafa

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 9:54PM

Farhash Wafa Salvador Mubarak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Mubarak mendakwa wujud keraguan terhadap keputusan tidak rasmi Pemilihan PKR 2022 yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya mempunyai bukti dan dokumentasi kukuh untuk menyatakan bantahan rasmi, selain gesaan untuk parti menjalankan satu audit forensik terhadap sistem keputusan itu.

“Setelah meneliti keputusan tidak rasmi Pemilihan PKR 2022 yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sebentar tadi, saya ingin menyatakan keraguan yang amat tinggi terhadap ketelusan dan kebenaran keputusan yang dikeluarkan itu.

“Pihak saya mempunyai bukti dan dokumentasi yang kukuh untuk menyatakan bantahan rasmi, dengan gesaan untuk parti menjalankan satu audit forensik terhadap sistem keputusan dan kaedah-kaedah perlaksanaannya,” katanya hari ini.

Farhash berkata, bantahan berkenaan membabitkan keputusan undian fizikal dan pengundian atas talian (PAT) yang menyaksikan Cabang Gombak menghasilkan keputusan tidak munasabah, berbanding kehadiran fizikal penyokong pihaknya dan rekod pengundian atas talian.

“Satu laporan forensik perlu dilaksanakan oleh entiti bebas bagi meneliti setiap undi PAT dan fizikal yang dipersetujui oleh semua pihak.

“Pihak JPP dan pimpinan parti perlu mengambil tindakan sewajarnya dan membetulkan keadaan sekiranya terbukti sistem pemilihan dan keputusan telah dikompromi,” katanya.

Terdahulu, Farhash tewas di tangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi merebut jawatan Ketua Cabang Gombak dengan perbezaan 643 undi.

Melalui keputusan yang dikeluarkan di laman web PKR, Amirudin memperoleh 1,858 undi manakala Farhash yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim memungut 1,215 undi.

Farhash yang merebut jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan kali ini turut berada di tempat kedua dalam empat slot bagi jawatan itu di cabang berkenaan.

Setakat jam 9 malam tadi, hanya Sarawak sahaja sudah belum mengumumkan keputusan penuh bagi Pemilihan PKR di negeri tersebut.

Seramai 1,118,423 ahli PKR layak mengundi pada Pemilihan PKR 2022 yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayap.

Buat julung kalinya, pemilihan PKR diadakan secara hibrid, iaitu menerusi fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal 28 Februari lalu.

Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa sebelum ini memaklumkan, pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi ADIL sejak 18 Mei hingga hari ini. - Getaran, 29 Mei 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad