web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Perlu Cari Menteri Baharu Ganti Zuraida, PM Dicadang Pangku

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 May 2022 10:09AM

Steven Sim Chee Keong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disaran agar tidak melantik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, sebaliknya jawatan menteri itu boleh dipangku oleh Perdana Menteri sendiri tanpa gaji sehingga tamat tempoh penggal Parlimen ke-14.

“Hanya dua tahun lalu, Zuraida telah melompat parti dari PKR ke BERSATU. Selepas Zuraida melompat kali ini, semua parti dalam kerajaan kini berlumba-lumba untuk merebut jawatan menteri yang dikosongkan.

“Saya hendak cadangkan agar Perdana Menteri tidak melantik menteri baharu sebaliknya jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu dipangku oleh beliau sendiri tanpa gaji sehingga tamat tempoh penggal Parlimen ke-14,” katanya.

Baru-baru ini Getaran melaporkan, Zuraida mengisytiharkan keluar daripada parti BERSATU dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Serentak dengan itu, beliau turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Steven yang juga mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan seterusnya menggariskan lima sebab utama Perdana Menteri dicadang memangku jawatan menteri tersebut, antaranya, untuk mengurangkan saiz Kabinet gergasi.

Tambahnya, kabinet Ismail Sabri sudah mempunyai 31 orang menteri, dengan empat di antara mereka bertaraf Menteri Kanan dan 37 timbalan menteri.

“Kesemua 68 orang ahli anggota pentadbiran ini, tidak termasuk lagi duta bertaraf menteri, duta besar yang dilantik dari kalangan Ahli Parlimen kerajaan serta barisan penasihat kepada Perdana Menteri yang merupakan lantikan politik bergaji besar,” katanya.

Kedua, beliau memberitahu, tindakan Perdana Menteri memangku kementerian tersebut tanpa gaji sudah tentu akan menjimatkan wang rakyat dan memberi isyarat bahawa kerajaan perlu berbelanja secara berhemah di kala orang ramai berdepan kenaikan harga barang.

Selain itu, tambah beliau, jika jawatan menteri itu dipangku Perdana Menteri, ia akan membawa kestabilan dan kekuatan kepada kementerian.

“Dalam era pemulihan ekonomi pasca pandemik, Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan juga boleh memberikan kepimpinan yang lebih berkesan kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas kegagalan kedua-dua Menteri PAS dan BERSATU sebelum ini dalam membantu sektor tersebut berdepan cabaran ekonomi pandemik.

“Isu seperti kekurangan pekerja, kenaikan kos bahan input, kos logistik dan sebagainya gagal ditangani kedua-dua Menteri PAS dan BERSATU sebelum ini sehingga kini,” katanya.

Steven berkata, langkah memangku kementerian oleh Ismail Sabri mampu memberi isyarat kepada parti komponen kerajaan untuk menghentikan perebutan kuasa dalam kalangan mereka dan sebaliknya fokus kepada mentadbir negara dengan lebih baik.

Beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), dibelenggu porak-peranda yang berterusan akibat pergolakan kuasa dalaman.

“Dengan tidak melantik menteri baharu, Perdana Menteri tidak perlu menyakitkan hati mana-mana parti dalam kerajaan yang sedang berebut jawatan menteri,” katanya.

Kata Steven, tindakan Ismail Sabri memangku jawatan menteri itu juga wajar memandangkan penggal kerajaan hanya tinggal kira-kira setahun.

“Pelantikan Menteri baru tidak masuk akal kerana menteri baru perlu masa beberapa bulan untuk membiasakan diri dan menyusun atur pasukan sendiri dalam kementerian,” katanya. - Getaran, 29 Mei 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 18 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad