web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Status Zuraida Sertai PBM Diketahui Selepas 7 Jun

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 4:21PM

Zuraida Kamaruddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Status permohonan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) hanya diketahui selepas 7 Jun depan.

Presiden PBM, Larry Sng menerusi kenyataan memaklumkan, perkara itu akan diumumkan sejurus beliau kembali dari luar negara nanti.

“Saya baru dimaklumkan mengenai pengumuman Yang Berhormat Datuk Zuraida Kamaruddin yang berhasrat menyertai PBM.

“Kami akan membuat pengumuman rasmi mengenai keputusan kemasukannya apabila saya balik dari luar negara pada 7 Jun,” katanya yang akan ke luar negara hari ini.

Menurut Larry, perkara tersebut akan dibincangkan pimpinan pusat parti kerana ia sebahagian daripada proses permohonan keahlian.

“Saya ingin mengulangi bahawa PBM mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berkongsi perjuangan parti,” katanya.

Terdahulu, Zuraida mengisytiharkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti terbabit.

Serentak dengan itu, beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

Dr Daroyah Alwi - Gambar dari Facebook Dr Daroyah Alwi
Dr Daroyah Alwi - Gambar dari Facebook Dr Daroyah Alwi

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita PBM, Dr Daroyah Alwi menyifatkan tindakan Zuraida sebagai khabar gembira dan memberi keuntungan kepada parti, khasnya bagi sayap pergerakan tersebut.

Katanya, perjuangan beliau dalam memperkasakan golongan wanita tidak boleh disangkal.

“Bermula sebagai aktivis, ahli politik, Ahli Parlimen dan kini sebagai menteri, beliau (Zuraida) masih teguh bersama usul perjuangan, iaitu wanita di Malaysia harus diberikan pembelaan serta pemberdayaan sewajarnya.

“Beliau konsisten mempertahankan hak dan mengangkat martabat wanita di negara ini, bukan sahaja dalam gelanggang Dewan Rakyat, malah di peringkat antarabangsa,” katanya.

Jelas beliau, Zuraida satu-satunya pemimpin wanita Malaysia dilantik sebagai Ambassador oleh Women Political Leader (WPL), sebuah yayasan antarabangsa yang berpusat di Iceland dan dianggotai pemimpin politik wanita seluruh dunia.

“Kebolehan dan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran membantu mengangkat prestasi kementeriannya.

“Ketegasan keperibadian dalam mempertahankan dan memperjuangkan setiap apa dibawa meyakinkan, selain progresif serta intelek dalam membuat keputusan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Daroyah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar mengekalkan jawatan Zuraida selepas melihat prestasi cemerlangnya mengemudi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

“Pengalaman bernilai Zuraida yang benar-benar peduli dan peka terhadap nasib rakyat itu bakal menjadi aset berharga buat kami di PBM.

“Selaras pendirian PBM menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, wajar memberi pertimbangan sebaiknya untuk mengekalkan jawatannya demi memastikan KPPK terus dipacu unggul mengikut apa dirancang,” katanya. - Getaran, 27 Mei 2022

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad