web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zuraida Mahu Parti Berbilang Kaum, BERSATU Tak Mampu Penuhi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 6:21PM

Zuraida dikatakan mempunyai ideologi sendiri dan ia berbeza dengan parti BERSATU, menyebabkan beliau keluar dari parti berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat untuk menyertai parti berbilang kaum mungkin menjadi motivasi utama di sebalik keputusan Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan Parti Malaysia (BERSATU) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Perkara tersebut didedahkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Eddin Syazlee Shith yang memaklumkan, terdapat perbezaan ideologi semasa Zuraida berkhidmat dengan parti politik itu dalam tempoh singkat.

 Eddin Syazlee Shith - Gambar dari Facebook YB Dato' Eddin Syazlee Shith
Eddin Syazlee Shith - Gambar dari Facebook YB Dato' Eddin Syazlee Shith

Bercakap kepada The Vibes, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menolak dakwaan bahawa pemergian Zuraida ada kaitan dengan perselisihan faham bersama beberapa pemimpin tertinggi parti berkenaan.

“Ia bukan seperti beliau menentang Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan yang lain. Beliau kebetulan mempunyai ideologi sendiri yang kami tidak boleh terima.

“Zuraida pernah merungut pada masa lalu tentang bagaimana orang bukan Melayu lebih sesuai untuk berada dalam parti lain yang bersifat nasionalis, seperti PKR. BERSATU pula adalah parti Melayu.

“Agenda Melayu adalah keutamaan kami, walaupun pada masa sama kami menjaga ahli bersekutu kami yang bukan Melayu. Tetapi Zuraida mahu kami membuka keahlian penuh kepada bukan Melayu,” katanya kepada The Vibes hari ini.

Terdahulu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang membuat pengumuman mengejut apabila mengisytiharkan keluar BERSATU dan menyertai PBM.

Serentak dengan itu, beliau turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

 Zuraida berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas membuat pertimbangan yang mendalam, selain tertarik dengan enam prinsip teras PBM.

Antaranya ialah keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayaan wanita, pemerkasaan anak muda, pembangunan ekonomi, peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia negara maju.

Zuraida merupakan seorang daripada 11 Ahli Parlimen diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meninggalkan PKR semasa Gerakan Sheraton pada Februari 2020, dan membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Kesemua Ahli Parlimen tersebut secara rasmi menyertai BERSATU pada Ogos 2020, dengan parti itu juga mengumumkan keputusannya untuk menubuhkan sayap baharu bagi membolehkan ahli bersekutu bukan Bumiputera memegang jawatan dalam parti.

Eddin, yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah bagaimanapun memuji Zuraida kerana mengambil tindakan terhormat untuk keluar parti daripada mencetuskan kekecohan dalam BERSATU, selain bersetuju melepaskan portfolio menterinya.

Beliau berkata, sejak beliau dilantik sebagai menteri atas tiket BERSATU, adalah wajar jawatannya itu dikembalikan kepada parti.

“Ini bukan sahaja terpakai terhadap Zuraida, tetapi semua menteri BERSATU. Sebarang keputusan (pelantikan menteri) hendaklah berdasarkan kuota yang telah dipersetujui semua pihak dalam kerajaan. Saya fikir apa yang beliau lakukan adalah tindakan yang amat 'gentleman'.

“Apapun, kami akan menyerahkan kepada presiden untuk memutuskan siapa yang patut menggantikannya. Tetapi pada masa ini, perkara itu belum lagi dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional akan menamakan calon sesuai dalam kalangan pemimpin tersebut bagi menggantikan kerusi Zuraida.

Malah katanya, keputusan Zuraida Kamaruddin untuk meninggalkan BERSATU sudah dijangka dan kedudukannya telah dibincangkan sebelum ini setelah meneliti tindak tanduk terkini dilakukannya.

Wan Saiful berkata, Biro Politik BERSATU juga sebenarnya telah mengambil ketetapan mengenai kedudukan beliau dalam parti.

Katanya lagi, surat tunjuk sebab telah dikeluarkan hasil daripada pertimbangannya itu.

“Dalam keadaan seluruh negara sedang bercakap mengenai peri pentingnya kestabilan politik, nampaknya Zuraida bertindak berdasarkan pertimbangan sendiri sahaja,” katanya. - Getaran, 26 Mei 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad