web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelantikan Tajuddin Bukan Isu Besar, Amalan Biasa Lantik Ahli Politik

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 12:25PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik bantahan banyak pihak terhadap pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia baru-baru ini, seorang penganalisis politik berpendapat, pelantikan itu bukanlah satu isu yang besar.

Bercakap kepada Getaran, Prof Dr James Chin berkata, amalan melantik ahli politik untuk memegang jawatan diplomatik di luar negara bukan sesuatu yang baharu di negara ini malah telah dijalankan sejak sekian lama.

Menurut beliau, pelantikan ahli politik sebagai duta adalah sesuatu yang normal terutama melibatkan ahli politik senior yang kalah pada pilihan raya atau berada di ambang persaraan.

Sebagai contoh jelasnya, ramai ahli politik Malaysia yang bersara atau di ambang persaraan diberikan jawatan sebagai duta di lokasi strategik seperti Washington, Amerika Syarikat (AS) dan London, United Kingdom (UK).

“Jadi ia bukan sesuatu yang baharu. Negara-negara lain juga melakukannya,” katanya ketika dihubungi.

James menarik perhatian, 90 peratus tugasan untuk duta lantikan politik lazimnya dilakukan golongan profesional di Wisma Putra, justeru peranan mereka kebanyakannya membabitkan kerja-kerja perhubungan awam (PR) untuk mempromosikan Malaysia.

“Hakikatnya, Indonesia amat mengenali Malaysia jadi pelantikan ini tidak membawa banyak perbezaan.

“Beliau bukanlah ahli politik UMNO pertama dilantik sebagai Duta Besar ke Indonesia, jadi bagi saya ia bukanlah masalah besar.

“Segala ‘huha’ ini adalah tentang politik dalam negara (domestik), atau bukannya tentang fakta bahawa beliau tidak layak.

“Seperti yang saya nyatakan, terdapat ramai ahli politik yang dianugerahkan dengan dihantar ke luar negara. Jadi bagi saya bukan masalah besar,” katanya.

Profesor Dr James Chin
Profesor Dr James Chin

Beliau yang juga Profesor Pengajian Asia, Universiti Tasmania menambah, beliau pasti tiada siapa akan peduli sekiranya Tajuddin dihantar berkhidmat sebagai duta Malaysia ke Kenya, Rwanda, Nepal dan seumpamanya.

Namun begitu tambahnya, pelantikan itu melibatkan Indonesia yang bukan sahaja jiran tetangga terbesar Malaysia, tetapi juga negara paling penting di rantau ini. 

“Jadi, ia adalah berprofil tinggi oleh itu, orang mahu ‘kacau’ beliau. Orang juga mahu ‘kacau’ kerana beliau juga mencipta banyak kontroversi yang menyebabkan orang menyerangnya,” katanya.

Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia mendapat perhatian masyarakat sejak kebelakangan ini ekoran kontroversi yang dicetuskan beliau sekali gus didakwa tidak layak untuk memegang jawatan berprofil tinggi seumpama itu.

Antara kontroversi yang dibangkitkan terhadap Tajuddin termasuk isu perlanggaran melibatkan dua tren transit aliran ringan (LRT) tahun lalu.

Pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang dan mantan diplomat mengecam pelantikan tersebut, malah satu petisyen dalam talian turut diwujudkan bagi mendesak kerajaan membatalkan pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya berhubungan pelantikan itu dilaporkan sebagai berkata, Tajuddin ialah pemimpin politik lama dan berpengalaman.

“Kita tunggulah dia menjalankan tugas,” katanya, ringkas.

Ismail Sabri menambah, pelantikan Tajuddin telah dipersetujui Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga telah menerima surat persetujuan sebagai pengesahan.

Mengulas sama ada bantahan terhadap pelantikan Tajuddin akan didengar kerajaan, James berkata adalah mustahil untuk ia berlaku.

“Mustahil untuk kerajaan menarik balik pelantikan tersebut memandangkan ia telah pun diluluskan oleh Jokowi,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai