web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR 2022: Lebih 67,000 Ahli Undi Dalam Talian - JPP

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 7:28PM

Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan proses pengundian secara fizikal bagi Pemilihan Calon PKR 2022 Pulau Pinang Cabang Permatang Pauh, minggu lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi ADIL sejak 18 Mei hingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa berkata ia termasuk pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli PKR yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat.

“Pengundian dalam talian diadakan dari 18 Mei hingga hari ini. Jumlah keseluruhan ahli yang berdaftar untuk mengundi dalam talian adalah 76,926 dan mereka mempunyai masa hingga 11.59 malam ini bagi melaksanakan tanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain itu, beliau memaklumkan peratusan keluar mengundi secara keseluruhan termasuk pengundian fizikal dan dalam talian pada pemilihan parti yang memasuki hari kelapan hari ini, sangat rendah iaitu hanya lapan peratus yang melibatkan 90,304 ahli parti.

Beliau berkata ia termasuk 20,813 ahli yang mengundi secara fizikal di 10 negeri setakat ini iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah, Pahang, Wilayah Persekutuan, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Dr Zaliha yakin jumlah itu akan meningkat pada hari pengundian secara fizikal di Selangor dan Sabah pada hujung minggu ini, kerana kedua-dua negeri mempunyai ahli PKR yang ramai.

Seramai 1,118,423  ahli PKR layak mengundi pada Pemilihan PKR 2022 yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayapnya.

Mengenai beberapa dakwaan mengenai tahap keselamatan aplikasi ADIL, Dr Zaliha menegaskan sistem yang diperkenal pada 28 Feb lepas itu telah diletakkan pelbagai ciri keselamatan untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.

Dr Zaliha berkata ciri-ciri sekuriti yang sedia ada dalam pengunaan aplikasi ADIL berserta dengan sistem dan proses pengundian yang dikawal rapi, dan pengenalan penggunaan dakwat calit undi memastikan pemilihan parti berjalan dengan telus, saksama dan selamat.

Pemilihan parti itu akan diteruskan esok, dengan pengundian secara fizikal di Selangor manakala Perak, Sabah dan Sarawak pada 22 Mei.

Keputusan tidak rasmi calon yang menang akan dipaparkan di laman web rasmi PKR dalam tempoh 24 jam selepas proses pengundian tamat pada Ahad ini (22 Mei), sementara keputusan rasmi akan diumumkan di Kongres Nasional PKR pada 25 Jun. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 16 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 17 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad