web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Pernah 'Tunggang' Skandal Forex Namun Gagal Sehingga Tumbang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 4:41PM

Najib Razak - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keberanian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terbuka untuk disiasat berhubung kerugian RM31.5 bilion dalam ‘skandal forex’ atau tukaran wang asing membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an, mampu menjatuhkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Badrul Hisham Shaharin berkata, tindakan Najib mengajukan soalan berkenaan isu tersebut hanya memberi ‘check mate’ kepada Anwar dan akan menyaksikan kesan kepada UMNO, sekiranya kerajaan menjalankan siasatan terhadap skandal forex.

Badrul Hisham Shaharin
Badrul Hisham Shaharin

Menurut beliau, Ahli Parlimen Pekan itu mungkin terlupa bahawa skandal forex pernah dijadikan mainkan politik oleh UMNO, khususnya Najib, namun gagal memberi kesan dan menyakinkan masyarakat untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Semalam Najib diberi peluang bertanya soalan ‘check mate’ kepada Anwar. Peluang berharga itu digunakan oleh Najib untuk soalan bodoh dan beri bola tanggung untuk Anwar melibas retorikanya. 

“Untuk Najib yang ‘pelupa’ skandal Forex ini dia sendiri pernah tunggang sebagai isu politik tapi gagal. Sebelum PRU lepas pada 15 Febuari 2017, bekas Perdana Menteri itu tubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk siasatan dipengerusikan bekas SU Negara, Tan Sri Sidek Hasan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Debat Perdana, menyaksikan Anwar dan Najib berkongsi pentas untuk memberikan hujah masing-masing yang disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), malam tadi.

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran

Terdahulu, Anwar yang menjawab pertanyaan Najib menyokong sebarang usaha untuk membuka kembali siasatan berkait kerugian berjumlah RM31.5 bilion dalam skandal forex’ atau tukaran wang asing membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Presiden PKR itu tidak ada masalah sekiranya Peguam Negara mahu membuka kes itu sekarang dan terserah kepada kerajaan hari ini untuk membuat keputusannya.

“Pendirian saya jelas, kalau esok boleh bercakap dengan Perdana Menteri, sila beritahu Peguam Negara lakukan siasatan terbuka. Saya tiada masalah.

“Ini beza saya dengan Najib (Datuk Seri Najib Razak). Saya tidak mahu ada mana-mana kes di mana ahli politik menggunakan jentera politik dan kerajaan untuk menutup kes serta mendera orang,” katanya.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham menegaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar 1990-an, pernah dibentangkan di Parlimen sekitar November 2017 ketika Najib menjadi Perdana Menteri.

Beliau yang juga mantan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, laporan setebal lebih 400 muka surat itu diagihkan kepada 222 Ahli Parlimen sebelum sidang Dewan Rakyat bermula. 

“Namun, ternyata ketika itu kes NFA (tiada tindakan lanjut) dan Najib sahaja mampu memecat Peguam Negara (AG) dan melantik yang baharu dalam kalangan pemimpin UMNO, tetapi gagal mendakwa sesiapa, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes tersebut.

“Ke Najib dah lupa? Kalau begini tahapnya, patutlah dia kena tipu dengan Jho Low. Semalam (Debat Perdana Anwar-Najib), patut mantan Perdana Menteri itu bawa sekali admin berbayar yang mengendalikan Facebook dia. Ternyata, beliau hanya hebat di media sosial,” katanya.

Skandal forex merujuk kepada kerugian tukaran wang asing berjumlah RM31.5 bilion membabitkan BNM dari 1991 hingga 1994 semasa negara diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Getaran, 13 Mei 2022.
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 17 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM