web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembantu Ku Li Selar Panggilan Tindakan Tatatertib

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2022 4:04PM

Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BARU - Panggilan untuk veteran UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dikenakan tindakan disiplin adalah tidak wajar kerana sokongannya terhadap Perikatan Selamatkan Kelantan adalah usaha ke arah Malaysia yang lebih baik, kata seorang pembantu.

Pembantu itu, yang enggan namanya didedahkan, menambah bahawa ahli parlimen Gua Musang itu telah mengekalkan kedudukan seperti negarawan dan berada di atas perkara-perkara kecil dalam politik seharian.

“Matlamat utama beliau adalah untuk Malaysia yang lebih baik, tidak seperti sekarang ketika negara dikepung oleh rasuah dan kemerosotan keupayaan dalam sektor awam dan swasta.”

Beliau berkata Tengku Razaleigh berasa sedih apabila mendengar ada pihak melobi agar beliau dikenakan tindakan disiplin kerana menerima tawaran menjadi penaung Perikatan Selamatkan Kelantan.

Blok itu berusaha untuk menyelaraskan mereka yang menentang PAS untuk bertanding menentang parti itu di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

“Ku Li (Tengku Razeleigh) dijemput menjadi penaung. Dan beliau bersetuju memandangkan perikatan itu terdiri daripada pelbagai pihak yang merasakan Kelantan masih ketinggalan walaupun PAS memerintah lebih tiga dekad.”

Jemputan telah diberi kepada semua pihak untuk menghadiri perhimpunan di rumah Razaleigh di sini baru-baru ini, tetapi UMNO menolak.

PAS memilih untuk bersama BERSATU daripada menyatukan agenda Perpaduan Melayu di bawah Muafakat Nasional bersama UMNO, kata pembantu itu.

“Pasti UMNO tidak mahu PAS di Kelantan. Parti itu telah memerangi PAS sejak tiga dekad lalu. Ini adalah peluang untuk Barisan Nasional pimpinan UMNO menerobos masuk ke negeri ini.

“Jadi, ia tidak adil jika UMNO mahu mengambil tindakan terhadap Ku Li.”

Ketika ditanya mengenai kemungkinan tindakan tatatertib dikenakan terhadap Tengku Razaleigh, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pada 7 Mei lalu bahawa pihaknya menghormati dan terbuka kepada perbezaan pendapat.

“Sekiranya lembaga disiplin parti mahu mengambil tindakan, ia bukan sahaja terhadap beliau tetapi orang lain seperti bekas pemimpin, ahli parlimen, dan bukan ahli Majlis Tertinggi.

“Terpulang kepada lembaga disiplin untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan patut.”

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada hari yang sama berkata tiada perbincangan mengenai kemungkinan tindakan tatatertib dikenakan terhadap Tengku Razaleigh berhubung pertemuannya dengan pihak pembangkang di Kelantan baru-baru ini.

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Khamis lalu menggesa lembaga disiplin parti mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh kerana kekal dalam blok bebas itu. - The Vibes, 11 Mei 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 22 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad