web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Pertarungan Proksi Dalam Pemilihan PKR

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 8:20PM

Saifuddin (tengah) bersama Christina dan Amirudin pada majlis Muhibah Aidilfitri 2022 anjuran PKR di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Isu berkaitan pertarungan proksi bagi pemilihan calon Timbalan Presiden pada pemilihan PKR 2022 hanyalah agenda pihak luar.

Calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang bakal bersaing dengan Rafizi Ramli untuk jawatan berkenaan berkata, kempen pemilihan parti berjalan dengan harmoni selama ini.

Katanya, kempen tersebut memberi peluang kepada calon untuk memperkenalkan diri masing-masing dan ia berjalan mengikut tertib ditetapkan.

“Saya menolak sekeras-kerasnya tanggapan sesetengah pihak bahawa pemilihan parti, khususnya jawatan Timbalan Presiden antara saya dan Rafizi adalah pertarungan proksi yang mengheret Presiden bersama.

“Tanggapan ini lebih kepada agenda daripada pihak luar parti,” katanya kepada media pada Majlis Muhibah Aidilfitri 2022 anjuran PKR.

Turut hadir ialah Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Pada majlis berkenaan, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR memberitahu, beliau dan Rafizi akan memberi perspektif masing-masing mengenai politik dalam satu program 11 Mei nanti.

Katanya, beliau dan Rafizi akan menjadi panel pada program bertajuk ‘Siapa Layak Bersama Anwar’ yang dianjurkan akhbar Sinar Harian.

“Apa pun tajuk, saya anggap itu sekadar tajuk dan saya percaya peluang ini akan kami gunakan untuk memberikan perspektif kami mengenai parti, pemilihan serta mengulas isu-isu politik semasa,” tambahnya. - Getaran, 9 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 2 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad