web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MKT UMNO Cadang Ismail Sabri Calon PM PRU-15

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 8:38PM

Ismail Sabri (kanan) berbincang sesuatu dengan Ahmad Zahid pada Majlis Berbuka Puasa bersama UMNO di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dinamakan sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat itu juga membuat beberapa ketetapan, antaranya mengenai kedudukan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH)  yang akan berakhir 31 Julai, diputuskan tidak akan diteruskan.

“Mesyuarat tadi turut memutuskan pembentangan Akta Anti Lompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan, mahupun cubaan untuk merubah maksudnya kepada bentuk perundangan lain,” katanya menerusi kenyataan. 

Ahmad berkata, UMNO juga berpendirian bahawa Akta Anti Lompat Parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati. 

“Bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 lalu, satu Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei depan untuk melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti,” katanya. 

Pada hari sama, jelasnya, UMNO akan mengadakan Sambutan Hari parti terbabit dan Jamuan Hari Raya Aidilfiti. - Getaran, 14 April 2022
 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar