web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pencalonan Peringkat Cabang PKR Bermula Hari Ini

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 8:36AM

Pencalonan bagi peringkat cabang PKR akan bermula mulai Jumaat hingga Ahad ini di seluruh negara. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 bermula hari ini hingga Ahad melibatkan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa pencalonan akan dilaksanakan secara dalam talian dan serentak dengan itu kempen pemilihan secara rasmi bermula.

"Bagaimanapun pusat pencalonan secara fizikal akan dibuka sepanjang tempoh itu bagi membantu anggota yang ingin mencalonkan diri mereka melalui aplikasi ADIL,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Zaliha berkata bagi pencalonan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), ia akan dilaksanakan pada 11 April dan pusat pencalonan dibuka di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya kecuali di Sabah dan Sarawak, yang mana calon boleh hadir ke pusat pencalonan disediakan di dua negeri itu.

Selepas selesai proses pencalonan, senarai calon akan dipaparkan di aplikasi dan laman sesawang ADIL sebelum tempoh bantahan dibuka selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 April.

Ia diikuti pemakluman bantahan pada 15 April, manakala tempoh rayuan bermula 16 hingga 18 April sebelum senarai muktamad calon dipamerkan pada 19 April.

"Bagi proses pengundian pula, ia akan dilaksanakan secara hibrid iaitu pada 13 hingga 17 Mei secara fizikal manakala pada 18 hingga 20 Mei secara dalam talian.

"Pengundian secara fizikal akan dilaksanakan di pusat pengundian yang disediakan di cabang masing-masing iaitu satu cabang membuka sekurang-kurangnya satu pusat pengundian, tertakluk kepada permintaan Majlis Pimpinan Negeri (MPN)," katanya.

Pemilihan parti kali ini, akan memilih enam jawatan tertinggi iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan empat Naib Presiden, selain kepimpinan tertinggi sayap PKR serta cabang.

Ia dijangka menyaksikan pertembungan menarik bagi jawatan Timbalan Presiden apabila Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Naib Presiden Rafizi Ramli mengesahkan bertanding jawatan tersebut.

Bagi jawatan Naib Presiden antara nama calon dijangka bertanding ialah Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Pengelola Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Wanita Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan Fahmi Fadzil. 

Selain itu, aktivis mahasiswa Adam Adli pula mengesahkan bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish