web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Anti Lompat Parti: Sukar Digubal Sebab Jemaah Menteri ‘Katak Politik’

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 3:48PM

Tan Sri Shahrir Samad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tak mudah untuk kerajaan menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti kerana jemaah menterinya ‘katak politik’, sindir veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.

Menurut beliau, terdapat 39 Ahli Parlimen yang ‘melompat’ keluar dari parti asal selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Tidak mudah bagi sebuah kerajaan yang Jemaah Menterinya terdiri juga daripada mereka yang pernah lompat parti, untuk bersetuju dengan tafsiran ‘lompat parti’ atau ‘katak politik’.

“Kerana mereka lompat, sama ada mereka tidak didakwa ataupun mendapat jawatan lebih baik daripada semasa mereka berada dalam parti asal,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini

Shahrir berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah Ahli Parlimen yang tidak didakwa walaupun menerima dana daripada Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka lompat, mereka selamat.

“(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Hamzah Zainudin dan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas, Datuk) Dr Latiff Ahmad dapat jadi menteri kanan atau menteri kerana mereka lompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Hamzah pegang jawatan menteri kanan, Dr Latiff sudah terlalu lama berjawatan sebagai timbalan menteri selepas lompat parti, baru jadi menteri penuh. Rezeki kan,” sindirnya lagi.

Semalam, Wan Junaidi mengesahkan bahawa Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada Isnin depan.

Beliau berkata, sebaliknya RUU itu dihantar semula untuk kajian lanjut ke atas definisi ‘lompat parti’.

Bagaimanapun, menurut Wan Junaidi, sidang khas Dewan Rakyat tetap diteruskan pada Isnin ini dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU Anti Lompat Parti itu dibentangkan kelak. - Getaran, 7 April 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad