web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Sindir Muhyiddin, Depan Sokong Ismail, Belakang Minta Sokongan Jadi PM

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 8:53PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menyindir Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara terbuka menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, tetapi sebaliknya ‘berusaha’ menumbangkan Ahli Parlimen Bera itu.

“Pelik dengan dia ni. Secara terbuka dia kata dia sokong Ismail jadi PM. Di belakang pula, dia berusaha kuat minta sokongan merata-rata secara tersorok untuk tumbangkan Ismail.

“Bila digelar pengkhianat, dia marah pula. Apa pun, welcome back PH 2.0!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin pernah meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

 

Dia mahu jadi PM kembali. Dia pun berhubung dengan Mahathir, Anwar dan Shafie secara tersorok untuk minta...

Posted by Najib Razak on Friday, April 1, 2022

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa majlis jamuan makan sempena meraikan persaraan Mentor DAP, Lim Kit Siang di Subang Jaya, malam tadi turut mendedahkan beliau ada bertemu dengan Muhyiddin tetapi perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan.

Terbaharu, Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tampil mendedahkan Muhyiddin ada menghubunginya bagi membentuk kerjasama baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Susulan pendedahan tersebut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut hairan dengan sikap Muhyiddin yang berusaha meminta sokongan beberapa pemimpin lain secara tersembunyi untuk kembali berkuasa.

“Dia mahu jadi PM kembali. Dia pun berhubung dengan Mahathir, Anwar dan Shafie secara tersorok untuk minta sokongan.

“Tapi ketiga-tiga yang dia minta sokongan juga mahu jadi PM. Jadi, siapa yang akan jadi PM jika pun kerjasama mereka berjaya?” soalnya.

Bagaimanapun Najib berkata, sekiranya kerjasama itu berjaya dibentuk, tidak mustahil sejarah tikam-menikam dan kerajaan tidak stabil akan berulang kembali sebagaimana Pakatan Harapan (PH) memerintah selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.

“Nanti hari mereka tentu akan tikam-menikam sekali lagi dan sejarah kerajaan tak stabil pasti akan berulang,” katanya. - Getaran, 2 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

3

Kolum 6 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad