web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adam Adli Tawar Diri Bertanding Calon Ketua AMK

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 8:41PM

Adam Adli Abd Halim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial, Adam Adli Abd Halim menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan PKR yang bermula 13 hingga 18 Mei depan.

Beliau juga bakal bergandingan dengan seorang peguam muda, Muhammad Kamil Abdul Munim yang menyatakan hasrat mahu mengisi jawatan Timbalan Ketua AMK.

Adam dan Muhammad Kamil menerusi kenyataan bersama menegaskan, mereka akan mewujudkan barisan pasukan dikenali sebagai SEANGKATAN, terdiri daripada tiga calon Naib Ketua AMK dan Exco sayap parti itu.

“SEANGKATAN yang bakal kita umumkan dalam masa terdekat nanti mempunyai lima teras yang akan dijadikan prinsip dan panduan dalam menggerakkan kempen kali ini.

“Apa sekali pun kita usahakan, apa pun cabaran perlu kita tempuhi, kalau pun berselisih dalam memilih, kita semua adalah SEANGKATAN AMK,” katanya.

Dalam pada itu mereka berkata, pemilihan PKR adalah usaha terbesar untuk memperkukuhkan kembali kekuatan parti.

Menurut Adam dan Muhammad Kamil, perkara ini perlu dilaksanakan segera sebagai persedian menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang hampir pasti akan berlangsung dalam masa terdekat.

“Atas semangat kebersamaan dan kekeluargaan, kami berharap Pemilihan PKR 2022 kali ini dapat berlangsung dengan penuh harmoni dan ukhwah, sesuai matlamat besar untuk mengukuhkan semula parti serta perjuangan kita bersama.

“Dari Utara ke Selatan, Timur ke Barat, bersama-sama kita nyalakan kembali kekuatan Parti Keadilan Rakyat. Tanggungjawab besar mengangkat agenda reformasi dan suara rakyat dalam Pilihan Raya Umum akan datang tidak terletak pada orang lain, melainkan kita sendiri,” katanya. 

Sementara itu, mereka berkata, AMK adalah barisan paling hadapan parti yang harus bersedia, kukuh, berani, progresif, dan segar dalam mendepani cabaran untuk dekat di hati rakyat.

“Berhadapan PRU akan datang, ia harus menampilkan tenaga yang paling kuat sebagai pemuka parti dan tunjang utama perjuangan reformasi.

“Untuk mencapai tujuan itu, bakat muda, lama dan baharu yang bukan sahaja ada cita-cita, sebaliknya kesedaran tinggi serta diangkat untuk menggalas tanggungjawab memimpin barisan hadapan parti iaitu AMK. Inilah cabaran harus kita sahut,” katanya.

Sebelum ini, mantan aktivis mahasiswa, Fahmi Zainol mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua AMK dalam pemilihan PKR tahun ini.

Fahmi yang juga Ketua AMK Pulau Pinang turut mengumumkan barisan pasukannya dan memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat akan bertanding sebagai Timbalan Ketua AMK.

Menurutnya, untuk jawatan Naib Ketua, ia akan ditandingi Timbalan Ketua AMK Shah Alam, Muhammad Izuan Kasim dan mantan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, B Prasant Kumar.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pemilihan parti itu bagi sesi 2022 hingga 2025 ditangguhkan ke tarikh baharu bermula 13 hingga 18 Mei ini.

Jelasnya, penangguhan selaras dengan peruntukan Fasal 47.3 Perlembagaan PKR itu dimaklumkan beliau menerusi notis pekeliling, baru-baru ini.

Saifuddin berkata, pemilihan parti akan dijalankan menurut kaedah dan peruntukan baharu, sesuai dengan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam mesyuarat pada Isnin.

Sebelum ini, PKR memaklumkan akan mengadakan pemilihan bagi pemegang jawatan 2022 hingga 2025, bermula 22 hingga 29 April ini dengan tempoh pencalonan diadakan pada 11 sehingga 19 Mac 2022.

Seterusnya, Kongres Nasional PKR pula akan menyusul selepas pemilihan yang dijadual diadakan pada 10 hingga 12 Jun ini. – Getaran, 30 Jun 2022.
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai