web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Pemimpin UMNO Yang Mahu Kuburkan MN - Hadi Awang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 3:48PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mendakwa kegagalan Muafakat Nasional (MN) berpunca daripada perbuatan pihak tertentu dalam UMNO yang mempunyai agenda tersendiri, sekali gus mengubah perpaduan umat kepada tujuan lain.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihak berkepentingan itu mahu mengubah agenda perpaduan yang dipersetujui kedua-dua parti, menyebabkan MN kelihatan seolah-olah mati dan sudah terkubur.

Menurut beliau, perkara itu akhirnya merosakkan dasar dan hala tuju sebenar yang telah tersurat secara bersama antara PAS dan UMNO.

“Bagaimanapun, PAS tetap berpegang kepada apa yang tersurat dan telah ditandatangani.

“Perkara ini diulang beberapa kali dalam tulisan yang lalu, bahawa kita telah mengambil pendekatan politik ta‘awun yang diputuskan oleh al-Quran, hasil Muzakarah Majlis Syura Ulama.

“Pendekatan ta’awun siyasi ini dilaksanakan oleh PAS menjadi konsep hubungan dengan semua pihak sebagai sempadan bagi menyelamatkan keadaan. Kita sekali-kali tidak boleh diheret keluar daripada landasannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Abdul Hadi mendakwa, gabungan Perikatan Nasional (PN) wujud terlebih dahulu berbanding MN dengan memberi alasan pembentukan PN adalah untuk menyelamatkan rakyat.

“Perkara tersebut adalah bertitik tolak daripada Kongres Maruah Melayu yang dirancang sejak awal, diikuti dengan menggabungkan masyarakat majmuk daripada pelbagai agama dan parti.

“Kemudian, dibentuk gagasan Muafakat Nasional (MN), menggabungkan parti-parti Melayu Islam terbesar terdiri daripada UMNO, PAS dan BERSATU kerana meraikan UMNO yang masih ada. Sehinggakan, gabungan ini berjaya menukar kerajaan yang memerintah,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menegaskan PAS komited untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama terhadap parti yang mahu meneruskan permusuhan dan menyembunyikan dosa tanpa insaf dan taubat.

Malah, Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS juga tidak akan memejamkan mata terhadap kemungkaran seperti rasuah, politik wang, politik jawatan, salah laku dan salah urus.

“Meraikan kemungkaran semata-mata kerana menjaga hati dan kepentingan adalah salah dengan meninggalkan prinsip, kerana itu konsep ta‘awun (kerjasama) yang  berdosa.

“Justeru, PAS menolak sesiapa sahaja yang mengambil pendekatan terpesong daripada konsep ta‘awun berlandaskan petunjuk al-Quran. Sekalipun ada perbezaan dan perpecahan berlaku dalam kalangan umat Islam sendiri, namun ada penyelesaiannya,” katanya.

Jelasnya, PAS tetap istiqamah memegang prinsip tersebut walaupun kehilangan banyak kerusi kerana tidak bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Perjalanannya masih jauh, kerana wawasannya tidak tamat dalam kehidupan di dunia sahaja. PAS tidak hilang dengan matinya pemimpin, dan ahlinya tidak lemah.

“Ini sebab terdapat kalangan yang menyeleweng atau berhenti di tengah perjalanan kerana niat salah masuk PAS sekadar menumpang bukan berjuang.

“PAS tidak rebah dengan sebab kekalahan dalam beberapa kali pilihan raya, kerana perjalanannya belum selesai dan belum sampai ke garisan penamat,” katanya.

Spekulasi mengenai khabar berita gabungan MN yang diilhamkan pada 2019 itu masih kabur apabila kedua-dua pihak tidak menarik diri daripada gabungan tersebut.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata, belum ada mana-mana pihak sama ada UMNO mahu pun partinya yang mengisytiharkan pembubaran MN buat masa ini.

Malah, Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata, perbincangan di peringkat tertinggi antara kedua-dua parti berkenaan status MN juga masih belum diadakan setakat ini. - Getaran, 27 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 20 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 14 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan