Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aura Rafizi Mampu Sekat Kemaraan BN, Nurul Izzah Pengganti Sebenar Anwar 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 9:04AM

Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan simulasi yang dilakukan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tempoh hari menunjukkan hampir 40,000 pengundi atas pagar beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Bimbang dengan trend tersebut, Rafizi akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke pentas politik dan mengesahkan bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan akan datang.

PKR akan mengadakan pemilihan bagi jawatan tertinggi parti itu bagi tempoh 2022 hingga 2025 bermula 13 hingga 18 Mei ini.

Kemunculan semula mantan Naib Presiden PKR itu sebenarnya sudah dinanti ramai, kerana pada hakikatnya penyokong Pakatan Harapan (PH) terutamanya PKR dan juga rakyat biasa mahu beliau kembali ke gelanggang politik.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Malah Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berpendapat, kemunculan semula Rafizi ibarat memberi sinar baharu kepada PH dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

Katanya, tindakan tersebut juga boleh mengembalikan semula sokongan pengundi atas pagar kepada PH.

“Sekarang kehadiran dia amat dialu-alukan pada ketika prestasi pembangkang berada dalam keadaan semakin merudum. Jadi momentum lemah itu patut ditongkat, kalau pun tidak tumbang, ia kembali ditegakkan.

“Jadi kemunculan Rafizi barangkali dapat menyekat momentum perubahan itu. Lagipun beliau antara tokoh yang memberi sumbangan besar dalam kejayaan PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Pada masa sama, Jamie berpendapat Rafizi boleh diangkat sebagai ‘poster boy’ PH pada PRU-15 disebabkan karakternya yang tersendiri.

“Rafizi antara orang yang berani membongkar isu panas. Sejak berada dalam PKR dulu, kebanyakan isu panas beliau munculkan sehingga terbongkar. Dia berani membongkar, berani turun naik mahkamah. 

“Dia bukan semata-mata berpolitik retorik. Maksudnya bila dia timbulkan satu isu, dia berani tunjukkan bukti, berani ke mahkamah. Pendek kata dia berani ambil cabaran besar yang menanti,” katanya.

Begitupun Jamie berkata, Rafizi tidak boleh berseorangan dalam melakukan pembaharuan dalam PH khususnya PKR sekiranya mahu mendapat semula sokongan pengundi.

“Rafizi seorang tokoh yang berani, banyak idea barangkali bersifat futuristik yang orang tak jangka datang dari ideanya. Bagaimana dia nak menggembleng PH selepas ini, mungkin dia ada perancangan sehingga dia berani kembali ke gelanggang.

“Tapi kalau dia sahaja yang hadir dan idea serta pandangan daripada pihak lain untuk PH mengatur kembali strategi tidak didengar dan diambil iktibar, masih nak bertanding sendiri-sendiri, momentum BN akan terus melenyapkan PH pada PRU-15,” katanya.

Pada masa sama, beliau melihat Rafizi sebagai calon sesuai mengisi jawatan Timbalan Presiden PKR menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali setelah dipecat susulan ‘Langkah Sheraton’ yang menumbangkan kerajaan PH pada 2020.

“Rafizi antara tokoh paling berpengaruh dan penting dalam kempen PRU-14 dulu, cuma dia tidak bertanding. Barangkali pada waktu itu untuk meredakan suhu kepanasan dalam kepimpinan PKR sebab ada Azmin Ali. Jadi kalau ada Rafizi akan jadi konflik besar pada waktu itu.

“Tapi pada pemilihan kali ini, saya fikir peluang Rafizi untuk menonjol dan meningkat naik dalam parti tak ada masalah. Ini kerana PKR sedang mencari siapakah bakal menggantikan tempat Azmin Ali yang dianggap mempunyai pengaruh besar dalam part itu,” katanya.

Ditanya mengenai calon sesuai untuk menerajui PKR , Jamie berpendapat, Nurul Izzah layak mengganti kerusi panas yang disandang bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya melihat calon sesuai sudah tentu Nurul Izzah. Dia orang muda, dalam politik Malaysia. Suka tak suka kita kena terima hakikat bahawa garis keturunan atau jaringan sosial itu perlu ada agar orang mudah mengenalinya.

“Malah dia juga sudah lama dalam berpolitik sejak 1999 lagi, jadi tidak ada sebab untuk tidak ditonjolkan. Cuma sama ada kesediaan dia untuk mengambil alih tempat ayahnya itu, bergantung kepada dirinya sendiri,” katanya.

Malah katanya lagi, isteri Anwar iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kurang sesuai untuk mengisi jawatan Presiden disebabkan faktor usia.

“Waktu sekarang orang nakkan anak muda, jadi mungkin Nurul Izzah masih lagi dianggap sebagai kelompok anak muda walaupun usianya sudah lebih 40-an.

“Dia antara tokoh pada pandangan saya paling dikenali dan paling sesuai,” katanya. - Getaran, 26 Mac 2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 55 minit yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

Politik 57 minit yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Semasa 23 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM