web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Semua ADUN Perlu Sokong MB, Barisan Exco Diramal Tampil Muka Baharu

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 8:18PM

Mohd Hairi (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil seniman veteran, Nur Melati.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) perlu memberi sokongan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang kini dipercayai sedang membuat penilaian bagi memilih barisan exco kerajaan negeri.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, apa yang lebih penting bukan siapa yang menjadi Ahli Majlis kerajaan negeri, tetapi kerjasama diberikan semua pihak dalam membawa Johor lebih gemilang di masa akan datang.

“Bagi saya, mengenai pelantikan exco atau kabinet oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi, kita selaku ADUN perlu memberi kepercayaan penuh kepada beliau dalam menentukan siapa sahaja yang dilantik.

“Yang penting, dalam perjalanan untuk membawa Johor lebih gemilang, sokongan dan dukungan kepada pelantikan itu harus diberikan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Santai Bersama Seniman sempena Hari Seniman Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.

Mohd Hairi Mad Shah
Mohd Hairi Mad Shah

Mohd Hairi yang juga ADUN Larkin berkata demikian sebagai mengulas tentang barisan exco yang masih belum diputuskan atau diumumkan Onn Hafiz.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial senarai 11 exco kerajaan negeri Johor termasuk Mohd Hairi yang dikatakan bakal dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Semua nama disenaraikan terdiri daripada muka baharu dalam kalangan generasi muda yang ternyata begitu menyerlah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Mengulas mengenai senarai itu, Mohd Hairi berkata, apa sahaja perkara boleh ditularkan atau digembar-gemburkan dalam era digital.

Beliau bagaimanapun berjanji akan berkhidmat sehabis baik jika benar dirinya terpilih menganggotai barisan kepimpinan baharu itu.

“Sekiranya benar barisan kepimpinan kali ini seratus peratus terdiri daripada muka baharu dan generasi muda, ia adalah satu pembaharuan untuk membawa Johor lebih ke depan.

“Pemuda UMNO rasa jika orang muda dilantik sebagai exco, ia dilihat sebagai satu pembaharuan, lebih-lebih lagi (Datuk) Onn Hafiz sendiri adalah orang muda dan yang membantunya nanti harapnya juga orang muda.

“Bagaimanapun, kita tidak lupa kepada orang lama dan berpengalaman,” katanya yang berusia 38 tahun.

Pada masa sama, Mohd Hairi berharap ADUN yang dilantik sebagai exco akan membawa Johor ke landasan yang lebih baik dan mengembalikan semula kegemilangan negeri ini.

“Kepada pihak pembangkang, cukuplah dengan dakyah, tohmahan atau fitnah, sebaliknya kita harus mendukung kerajaan negeri yang akan membawa Johor lebih tersusun,” katanya.

Pada majlis berkenaan beliau menyerahkan sumbangan kepada wakil artis veteran, Nur Melati Mohd Shukor.

Antara artis yang hadir ialah Aida Agil, Bandi Amuk, S Sahlan dan A Rahman Onn. - Getaran, 22 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Semasa 5 hari yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 13 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC