web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairuddin Nekad Tidak Akan Sertai UMNO

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 2:50PM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sama sekali tidak akan menyertai UMNO walaupun sudah meninggalkan PAS baru-baru ini. 

Meskipun didatangi banyak pihak mewakili pelbagai parti politik, beliau berkata, dirinya masih berpegang kepada prinsip Islam yang diperjuangkan.   

Jelasnya, ramai yang datang memberi pandangan namun beliau mempunyai prinsip sendiri dan akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat.

“Insya Allah, nanti tunggu lah apa yang saya akan umum nanti untuk ke hadapan. Selepas istikharah berbincang dengan kawan, saya akan umumkan.

“Memang ramai yang datang dari pelbagai parti, bukan datang untuk menawarkan tetapi datang untuk memberi semangat atas nama sesama ahli Parlimen dan rakan politik.

''Ada juga yang tawar macam-macam, namun, itu biasa sahaja sebenarnya, tak perlu kita sangka apa-apa kerana yang penting saya nak ajak semua orang dan parti bekerjasama untuk kebaikan negara dan rakyat,” katanya, dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mohd Khairuddin mengumumkan keluar daripada PAS dan keputusannya itu sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. 

Katanya, segala perancangan untuk terus melangkah ke hadapan akan diumumkan kepada masyarakat tidak lama lagi selepas selesai melakukan istikharah dan berbincang dengan rakan.

Beliau yang juga bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu berkata, ramai rakan yang memujuknya untuk kembali bersama PAS. 

“Ramai kawan yang pujuk saya untuk kembali, setiap orang yang datang bagi pandangan, saya bagi satu jawapan. Saya berpesan kepada saudara untuk  istiqamah dengan PAS sebagai wadah perjuangan Islam yang terbaik.

“Itulah pesanan kepada semua rakan termasuk pegawai yang bertugas di pejabat Parlimen saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin menegaskan beliau tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan kurang senang terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang,

Menurut beliau, Islam mengajak sesama manusia terus berukhwah, sekali gus mengesahkan hubungan mereka kekal sebagai bekas anak murid kepada murabbi. 

"Terpulang kepada orang ramai jika mahu menggelar saya sebagai pengkhianat kerana kelantangan menegur parti sebelum ini disusuli tindakan keluar daripada PAS.

“Ucapan saya sebelum ini yang kerjasama Perikatan Nasional (PN) tidak dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama PAS merupakan yang pertama dan terakhir, saya tidak akan ulas lagi," katanya. - Getaran, 20 Mac 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 13 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad