web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keluarga Muhammad Adib Dibayar RM1.5 Juta, Tommy Thomas Berdepan Tindakan Jika Bersalah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 5:43PM

Ismail Sabri ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021, di WTC, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Sejumlah RM1.5 juta bayaran ex-gratia disalurkan kerajaan kepada keluarga arwah anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim pada 29 November tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian itu selesai membentangkan laporan interim pada 15 Mac lalu.

“Inilah bukti kesungguhan UMNO dalam membela nasib rakyat. Kes kematian arwah Adib sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya.

“Walaupun siasatan masih berjalan, kerajaan sudah membayar ex-gratia kepada keluarga arwah,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa mantan Peguam Negara, Tommy Thomas akan dikenakan tindakan sekiranya terbukti bersalah.

Katanya, pasukan petugas khas ditubuhkan kerajaan berhubung perkara itu pada Oktober tahun lalu sedang mengambil tindakan, termasuk memanggil pihak terbabit.

“Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat pendedahan buku mantan Peguam Negara, Tommy Thomas dan pasukan petugas khas sedang mengambil tindakan termasuk memanggil saksi serta semua pihak terbabit.

“Laporan interim akan dibentang bulan depan, saya memberi janji kepada perwakilan, jika ada kesalahan dikesan, saya akan pasti ambil tindakan terhadap Tommy Thomas,” katanya.  – Getaran, 19 Mac 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad