web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Soal Nak Selamatkan MN, Tanya PAS 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 7:48PM

Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persoalan berhubung kemelut dan masa depan Muafakat Nasional (MN) yang dilihat seperti digantung tidak bertali harus dirujuk kepada PAS.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu timbul disebabkan PAS seolah-olah meninggalkan kerjasama tersebut yang semakin jelas kelihatan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Soal nak selamat atau tak (MN), kena tanya PAS, sebab yang meninggalkan MN bukan UMNO. Yang meninggalkan MN, PAS. 

“Bila saya beberapa kali mendedahkan bagaimana siri-siri mesyuarat MN, tiga kali kita tanya PAS betul atau tidak PAS akan menyertai jawatankuasa penaja MN, tiga kali itu juga PAS menafikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dekat sini, hari ini.

 Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar Azim Abd Rahman
Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar Azim Abd Rahman

Malah katanya, bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali turut mendedahkan keputusan PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dirujuk kepada majlis tertinggi dalam membuat keputusan parti itu.

“Rupa-rupanya apabila Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali isytihar keluar parti, dia dedahkan keputusan PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dirujuk kepada Majlis Syura.

“Ini membuktikan apa yang saya sudah beritahu dulu. Maknanya yang meninggalkan MN dan menyertai PN dengan membelakangi UMNO adalah PAS,” katanya.

Tegasnya, UMNO juga tidak pernah mengkhianati hubungan antara UMNO dan PAS, terutama MN.

“Bahkan di (PRN) Melaka kita masih lagi nak menyelamatkan (hubungan). Kalau ingat lagi keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) waktu itu, kita minta PAS bertanding guna lambang mereka.

“Kita juga bersedia memberi kerusi boleh menang kepada PAS, tetapi mereka putuskan nak kekal guna lambang PN. Itu susahlah,” katanya.

Menurut beliau, keputusan dibuat pada PAU 2020 menetapkan UMNO tidak akan sesekali bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tetapi akan berusaha memperkasakan MN.

 “Jadi kita mengambil mandat PAU yang lepas untuk mempertahankan dan memperkasakan MN. 

“Tetapi apakan daya, macam saya katakan tadi, orang dah tak nak kat kita. Takkan kita ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menyokong kerjasama itu ditamatkan, Asyraf Wajdi berkata, keputusan tersebut perlu dibuat kedua-dua pihak.

“Kalau dulu kita meterai Memorandum Persefahaman (MoU) secara bersama, maknanya kalau nak putuskan, bagi saya salah satu daripada parti kena isytiharlah. 

“Jadi dalam konteks ini, saya rasa bukan UMNO yang meninggalkan MN, yang meninggalkan MN setakat ini adalah PAS,” katanya. - Getaran, 18 Mac 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish