web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekuatan UMNO Berkurang Setiap Kali Pemilihan Parti Diadakan - Asyraf Wajdi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 7:40PM

Sejarah membuktikan UMNO memerlukan masa untuk proses ‘pemulihan’ selepas pemilihan parti diadakan. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya pemilihan parti itu diadakan lebih awal.

Mengakui perkara itu, Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sejarah membuktikan UMNO memerlukan masa untuk proses ‘pemulihan’ selepas pemilihan parti diadakan.

“Bila berlaku pemilihan akan ada pertembungan. Bila ada pertembungan, ada yang menang ada yang kalah. 

“Dalam UMNO dari segi sejarah, setiap kali pemilihan, 30 peratus kekuatan akan berkurangan dan kita tidak mampu berhadapan dengan pilihan raya dalam keadaan kita tak mempunyai kekuatan optimum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar Azim Abd Rahman
Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar Azim Abd Rahman

Katanya, keadaan tersebut antara faktor Pemuda sepakat menangguhkan pemilihan parti sehingga PRU-15 selesai.

“Kita memerlukan kekuatan optimum kerana kita sudah melalui proses pemulihan. Macam Pemuda, kita sudah melalui proses latihan siri-siri Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, PRN Melaka dan terbaharu, PRN Johor.

“Kita sepakat bahawa kita perlu tangguhkan pemilihan ini selepas PRU-15. Maknanya kita minta PRU-15 diadakan terlebih dahulu supaya dalam menghadapi peperangan, jangan sesekali kita berhadapan peperangan yang dalam keadaan kita ramai tercedera atau kekuatan kita lemah,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Pemuda UMNO mahu PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyerahkan semula mandat kepada rakyat.

“Kita harus menyedarkan rakyat bahawa UMNO bukanlah gila kuasa. UMNO sedar kita mengambil kerajaan ini dalam keadaan bukan mandat mutlak rakyat. 

“Jadi kita mengambilnya dengan rasa tanggungjawab atas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Kita bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS pada waktu itu,” katanya.

Malah, Asyraf Wajdi berpendapat, PRU-15 boleh diadakan memandangkan negara sudah mencapai tahap imuniti kelompok disasarkan kerajaan sebelum ini.

“Kita akan melangkah masuk ke era endemik. Kalau kita kata nak selesaikan masalah COVID-19 ini dulu, 2025 pun belum tentu boleh selesai lagi.

“Sebab itulah kita harus memahami bahawa realitinya COVID-19 adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Jadi apakah kita hendak memandulkan sistem demokrasi kita ataupun kita mahu meneruskan amalan demokrasi? Itu lebih baik,” katanya. - Getaran, 18 Mac 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM