web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tok Mat Sindir Pemimpin UMNO Mana?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 10:49PM

Mohamad (lima kiri) tidak menamakan pemimpin dalam UMNO yang disifatkannya sebagai oportunis. - Gambar oleh Azim Rahman

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru diuji dengan sebuah kekalahan sudah seperti hilang akal, sindir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada pemimpin yang disifatkannya sebagai oportunis.

Tanpa menamakan sesiapa, beliau berkata golongan itu dahulunya sanggup berkorban demi mendapatkan jawatan dan pangkat dalam UMNO.

“Bila UMNO tewas, ada pemimpin kanan memberi alasan ingin berehat dan ada yang melompat ke parti lawan dengan alasan paling jijik dan meloyakan,” katanya pada Ucapan Perasmian Wanita, Pemuda Puteri UMNO, hari ini.

Mohamad berkata, golongan itu kini kembali ke hadapan ketika UMNO sedang menggapai kebangkitan terutamanya daripada sokongan orang Melayu.

“Kini, bila UMNO semakin diterima semula oleh orang Melayu, mereka kembali muncul seolah-olah mereka benteng ketahanan UMNO selama ini.

“Kerana golongan oportunis sebeginilah, UMNO akan terus berhadapan dengan krisis meyakinkan rakyat tentang wibawa dan iltizamnya untuk berubah dan mendakap islah,” katanya.

Sebagai info, selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein antara pemimpin UMNO yang tidak bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat.

Beliau memberikan alasan mahu bekerja keras untuk membangunkan semula UMNO bermula di Johor. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan